“Untuk apa Aween ke sana ? Dan siapa yang benarkan Aween keluar? Cakap!”
herdiknya. Aku sebak. Selama ini Azhari tak pernah menengkingku sebegitu rupa.
“Yang abang tu pulak, untuk apa abang ke sana ?” soalku pula dengan
suara yang meninggi. Dia mendengus kasar.
“Aween tak jawab lagi soalan abang,” ujarnya keras.
“Dija yang panggil Aween untuk ke sana . Dia sendiri yang call Aween. Katanya nak tolong selesaikan masalah kita sebab kerana
dia keadaan kita jadi macam ni!” jawabku kuat.
“Tapi kenapa Aween tak beritahu abang yang Aween nak
ke sana ?”
soalnya lagi. Nada suaranya masih keras seperti tadi.
“Dia pesan supaya jangan beritahu abang…”
“Sekarang ni antara abang dengan Dija, siapa yang
patut Aween utamakan?” pintasnya. Aku terdiam. Wajahku ditundukkan ke bawah,
memandang lantai. Tak sanggup hendak menentang wajah suamiku yang sedang berang
itu. Dia masih berdiri di hadapanku sambil mencekak pinggang.
“Maafkan Aween, bang,” ucapku.
“Abang… abang tak jawab lagi soalan Aween,” ujarku
perlahan. Namun aku yakin dia mendengarnya. Dia mendengus perlahan. Kali ini
dia menjatuhkan tangannya dari pinggang. Aku mengangkat wajah, memandangnya
yang sedang mengurut dahinya. Seketika dia menggeleng.
“Abang pun tak tahu. Dia ada jugak call abang suruh datang. Dia cuma kata
yang dia nak jumpa abang di rumahnya, tapi dia tak cakap pun sebab apa,”
ujarnya mulai mengendurkan suara. Seketika dia mengeluh perlahan.
“Macam manalah abang boleh ikut cakap dia? Salah
abang jugak. Abang pun tak sepatutnya ke sana
tadi. No, I mean… kita sama-sama
silap. Tak sepatutnya kita ikut cakap dia,” ucapnya dalam nada kesal.
“Abang,” panggilku perlahan.
“Betul ke abang dah bosan dengan Aween?” soalku
teragak-agak.
“Apa yang Aween merepek ni? Ada abang cakap yang abang bosan dengan
Aween?” soalnya keras. Aku ketawa sinis.
“Memanglah abang tak cakap kat Aween. Sebab abang
nak jaga hati Aween, kan ?
Tapi abang cakap pada orang lain,” ucapku sayu.
Pantas dia melangkah ke arahku. Aku mulai takut.
Gimiknya itu seakan mahu menerkamku. Namun langkahnya terhenti di hadapanku.
“Siapa orang tu? Hardija?” soalnya kuat. Aku
terdiam.
“Aween percaya cakap dia?” soalnya lagi. Aku
menjungkitkan bahu.
“Memanglah susah Aween nak percaya. Tapi kalau
betullah abang ada cakap macam tu pada dia, hanya ALLAH aja yang tahu, bang.
Betapa hancurnya hati Aween ni. Hal rumahtangga kita, tolonglah jangan nak
libatkan orang luar. Kalau abang tak puas hati, terus-terang aja dengan Aween,
bang. Jangan nak berselindung. Selama ini pun, Aween tak pernah ceritakan
masalah rumahtangga kita ni kepada orang lain walau dengan ayah sekalipun.
Aween teramat sayang dan hormati abang sebagai suami Aween. Aween tak mahu
menanggung dosa dengan memburuk-burukkan nama abang,” tuturku perlahan. Aku
harap dia mengerti.
Sepi seketika. Aku masih tertunduk di birai katil.
Dan Azhari pula hanya mundar-mandir di hadapanku sejak tadi.
“Apa yang kau orang berdua bincangkan tadi?”
soalnya. Aku terdiam seketika. Perlukah aku memberitahunya?
“Cakap, Aween!” suaranya meninggi. Kecut perutku
mendengarnya.
“Dia nakkan abang. Dia minta Aween bersetuju agar
abang bernikah dengannya,” ucapku menahan sebak.
“Gila! Perempuan tu betul-betul dah gila. Jadi,
Aween setuju?” soalnya lagi. Suaranya masih meninggi seperti tadi. Aku
menggeleng perlahan.
“Tak,” jawabku ringkas.
Sepi lagi antara kami. Yang kedengaran hanyalah
esakan halusku. Azhari melepaskan perasaan runsingnya dengan memandang ke luar
tingkap.
“Abang,” ujarku perlahan.
“Apa nak jadi dengan kita ni, bang?” soalku bersama
esakan.
“Kenapa rumahtangga kita boleh jadi macam ni?”
Azhari tertunduk. Seketika dia merapatkan kepalanya ke grill tingkap. Tampak kebuntuan.
“Entahlah, sayang. Abang pun tak faham dengan
keadaan kita sekarang ni. Abang tak sangka semua ni boleh berlaku,” ucapnya
perlahan. Sayang…. Sudah lama panggilan mesra itu tidak kedengaran dari
mulutnya. Seketika dia melangkah perlahan menghampiriku semula. Punggungnya
dilabuhkan ke sebelahku. Tubuhku diraih dan dibawa ke dalam dakapannya. Dan
buat kesekian kalinya aku tersedu di dadanya. Melepaskan dendam rindu yang
sekian lama terbuku.
“Ya ALLAH, apa abang dah buat ni, sayang?” dia
bersuara perlahan.
“Kenapa
sekarang ni abang dah mula marahkan Aween? Selama ni abang tak pernah pun
tinggikan suara kat Aween. Abang tak sayangkan Aween lagi?” soalku menahan
sendu.
“Tak, sayang. Abang tak marah. Cuma abang tertekan.
Abang stess. Maafkan abang, sayang.
Maafkan abang…”
DENGAN
perlahan, aku melangkah turun ke anak tangga satu demi satu. Niat di hati
hendak ke dapur untuk meneguk segelas air. Namun, langkahku terhenti apabila
aku terdengar suara suamiku sedang berbicara di dalam telefon.
“Apa lagi yang kau nak dari aku,
Dija?” Keras sekali suaranya berbicara. Aku cuba memasang telinga di sebalik
dinding.
“Dija, kan aku dah kata, segalanya dah berakhir?
Hubungan kita dah lama tamat. Tak ada apa lagi yang perlu kita bincang. Aku dah
kahwin, Dija. Aku dah ada isteri dan isteri aku sedang mengandung sekarang ni.
Tolonglah faham,” bentaknya geram. Diam seketika.
“Kau dah gila, Dija! Kau
jangan ingat kau tu banyak harta jadi kau boleh dapat segala apa yang kau
hajati dengan harta kau tu. Kau silap, Dija. Aku tak pernah pandang pada harta.
Aku rasa kehidupan aku yang serba serdehana ni dah mencukupi. Aku bersyukur
dengan apa yang aku ada sekarang ni. Kalau selama ni kau ingat aku ni hanya
pandang pada harta, kau silap besar,” suara kerasnya kedengaran lagi.
Suasana menjadi sepi seketika. Tentu
perempuan itu sedang berbicara sesuatu di hujung talian sana . “Kau ni tak faham bahasa ke, Dija?
Aku dah kata, aku ni suami orang. Tak lama lagi aku akan ada anak. Aku dah ada
keluarga aku sendiri. Tolonglah jangan nak rosakkan rumahtangga aku. Apa, tak
cukupkah apa yang kau dah buat kat aku dengan isteri aku selama ni?” Diam lagi.
“I’m
sorry, Hardija. Permintaan kau ni agak keterlaluan. Melampau! Permintaan
gila! Aku tak boleh nak tunaikan. Aku sayangkan isteri aku. Aku tak sanggup nak
lukakan hati dia. Azween tu sebaik-baik insan, Dija. Dia terlalu baik. Malah
dia jauh lebih baik dari kau. Aku takkan persiakan wanita yang berhati mulia
sepertinya. Maaf, Dija. Walau kau tawarkan aku dengan wang seratus juta
sekalipun, aku takkan tinggalkan isteri aku dan pergi ke pangkuan kau,” dia
bersuara tegas lagi. Suasana menjadi sepi lagi.
“Argh! Sudahlah, Dija. Cukuplah. Aku dah tak larat
nak merayu lagi. Aku dah penat melayan kerenah kau yang terlalu pentingkan diri
tu. Ini amaran keras dari aku. Tolong jangan ganggu aku, lebih-lebih lagi
rumahtangga dan kerjaya aku. Sekali lagi kalau kau degil, aku akan buat
tindakan undang-undang. Kau jangan ingat aku takut dengan ugutan kau nak
sabotaj business aku tu. Kalau kau
main kasar, aku jugak boleh buat begitu. Aku boleh buat laporan polis
mengatakan kau beri rasuah kepada klien-klien aku supaya memboikot business aku!”
Aku menelan air liur mendengar kata-kata terakhirnya
itu. Seketika aku terduduk di anak tangga setelah kakiku terasa penat kerana
terlalu lama berdiri. Entah mengapa aku menjadi bingung ke atas apa yang sedang
melanda rumahtanggaku kini. Lantas aku menundukkan wajah lalu menelangkupkannya
pada kedua-dua belah lenganku.
“Aween!” Aku tersentak lantas mengangkat wajahku.
Azhari kelihatan cemas lalu menerpa mendapatkanku. Segera dia melabuhkan
punggungnya di sebelahku.
“Aween okey? Kenapa duduk di sini, sayang?” soalnya
lembut. Aku memerhatikan wajahnya yang jelas tergambar kebingungan. Lantaran
itu timbul rasa simpatiku ke atas suami yang tercinta ini.
“Dia masih ganggu abang lagi?” soalku lembut. Dia
mendengus lembut lantas tertunduk. Kepalanya digeleng perlahan. Aku terus
memandangnya sayu. Spontan tanganku mengusap-usap kepalanya. Membelai halus
rambutnya yang kasar itu.
“Bang…” panggilku. Seketika dia mendongak. Matanya
begitu sayu memandangku. Kepalanya digelengkan kecil. Lantas tubuhku
dirangkulnya lalu dibawanya ke dalam pelukannya. Rasa bersalah mulai timbul di
benak ini kerana terlalu cepat melatah dan meragui kejujuran suamiku. Aku tahu,
suamiku agak kecewa dengan sikapku yang keras kepala ini. Namun kulihat dia
masih mampu bersabar dengan kerenahku ini.
“Maafkan Aween, bang,” ucapku sayu.
“Abang dah maafkan, sayang. Sudahlah
tu, lupakanlah. Abang akan cuba
berusaha supaya perempuan tu takkan ganggu rumahtangga kita lagi,” ucapnya.
“Tapi Aween janji dengan abang, yang
Aween takkan ragui kejujuran abang lagi. Janji ya, sayang?” ujarnya. Aku
mengangguk lemah. Sesekali aku menggesel-geselkan kepalaku ke dadanya.
“Abang sedar yang abang ni lemah,
sayang. Abang perlukan kekuatan. Siapa lagi yang dapat memberikan kekuatan dan
sokongan kepada abang melainkan isteri abang sendiri?” tuturnya lagi. Aku terus
mengangguk tanda faham.
“Aween janji, bang,” ucapku hiba. Dalam
pada itu, dapat kurasakan bibirnya hinggap di atas kepalaku.
*****
KEHIDUPAN
kami suami-isteri kembali aman seperti dulu. Aku benar-benar bersyukur dengan
perubahan yang berlaku ke atas rumahtangga kami ini. Sesungguhnya, apa yang
berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada kami agar lebih berhati-hati. Aku
sama sekali tidak menyangka, di sebalik sikap lembut suamiku, terselit juga
ketegasannya.
“Hari ni ada appointment lagi dengan doktor?” soalnya di suatu pagi ketika kami
sedang duduk bersarapan. Aku mengangguk bersama senyuman di bibir.
“Asyik appointment aja? Ada
masalah besar ke?” soalnya seakan mahu mengorek. Segera aku menggeleng.
"Eh, taklah. Biasalah tu, bang.
Inikan kandungan pertama? Banyak benda yang Aween tak tahu. So, kenalah selalu rujuk dengan doktor,”
dalihku. Dia ketawa kecil.
Beberapa minit kemudian, dia bangun
lalu mencapai briefcasenya. Tahulah
aku yang dia sedang mengejar masa.
“Abang,” panggilku sebaik dia hendak
memulas tombol pintu. Dia menoleh. Aku ketawa melihat mukanya yang tampak blur itu.
“Mana neck tie abang?” soalku. Segara dia meraba-raba kolar lehernya.
“Eh, abang lupa nak pakai,” ucapnya.
Dan kami ketawa serentak.
“Abang tunggu, ya. Aween pergi
ambil,” ujarku dan terus melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik. Tali
leher yang tersadai di atas katil kucapai bersama gelengan kecil. Tentu dia
kelam-kabut sampaikan tali leher pun terlupa.
Aku bergegas turun semula. Di muka
pintu, Azhari sudahpun bersiap dengan kasutnya. Tanpa dipinta, aku sendiri yang
mengikatkan tali leher lalu kusangkutkan ke lehernya. Aku memperkemaskan
dirinya yang kelihatan agak selekeh pagi itu. Dan sekali lagi aku menggeleng
tatkala melihat keadaan rambutnya ketika itu.
“Abang ni, kalau ya pun kabut janganlah
sampaikan diri tu pun dibiarkan tak kemas. Kalau Aween tahu tadi, Aween bawak
sekali sikat turun,” bebelku sambil menyisir-nyisir rambutnya dengan
jari-jemariku agar kelihatan lebih kemas. Dia sekadar tersenyum kambing.
Setelah siap, aku menghulurkan tanganku kepadanya. Seperti yang kulakukan
setiap pagi, bersalaman dan mencium tangannya, tanda menghormatinya sebagai
suami.
“Okey, sayang. Abang pergi,”
ucapnya. Aku mengangguk.
“Take
care, abang,” ucapku. Seperti selalu juga, aku menghantar pemergiannya
dengan ekoran mata. Sehinggalah keretanya hilang dari pandangan, barulah aku
berganjak dari muka pintu itu.
No comments:
Post a Comment