Friday 29 April 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 23)

AKU masih menyandarkan diri di kepala katil. Sebatang rokok yang sudah dinyalakan puntungnya kusedut sedalam-dalamnya lalu kusembur keluar. Berkepul-kepul asap putih itu memenuhi ruang udara serta mengeluarkan bau yang cukup menyesakkan. Seketika aku terbatuk-batuk kerana tidak biasa menghisap benda itu. Aku tersenyum sendirian sambil merenung sebatang rod tembakau yang masih menyala api di hujungnya. Hmm… memang benda ini banyak keburukannya. Tapi, bila sekali disedut, memang nikmat. Fikiran yang sedang berserabut boleh jadi tenang. Terbang segala masalah yang melanda bersama-sama asap yang berkepul keluar di celah bibir.

            Pandanganku turut kian berpinar-pinar. Rasa loya dan mual turut menyapa ke anak tekakku. Tin-tin minuman berkarbonat serta bungkusan pil penenang berselerakan di meja sisi katil. Setelah habis sebatang, kukeluarkan lagi sebatang rod tembakau dari kotaknya lalu kunyalakan api di hujungnya. Kusedutnya dengan rasa nikmat. Seluruh bilikku sudahpun diselubungi dengan bau asap rokok yang cukup kuat dan menyengat.
           
            Sedang aku melayan perasaan asyikku sendirian, tiba-tiba kedengaran dedaun pintu bilikku terbuka.
“Aween! Kenapa terkurung aja ni? Pintu rumah pun tak berkunci. Dahlah tinggal seorang. Kan bahaya? Ni apa pasal duduk dalam gelap pulak ni?” omel satu suara. Aku yakin, itu suara Farhana. Lantas kutoleh ke muka pintu.
“Hisy, apa bau busuk ni?” soalnya sambil menelangkupkan hidungnya dengan tangan. Seketika suis lampu bilikku dipetiknya. Dia tergamam melihat keadaanku.
“Ya ALLAH, Aween! Apa dah jadi ni!” jeritnya lalu menerpa ke arahku. Bahuku dipautnya kuat.
“Aween, apa dah jadi dengan kau ni! Aween, wake up!” jeritnya sambil menampar-nampar halus pipiku. Ketika itu, terasa kepalaku kian laju berpusing.
“Hisy, kacaulah kau ni!” marahku dalam suara yang mamai. Dia mendekati meja sisi katilku. Dicapainya botol serta bungkusan pil yang terdapat di situ lalu dibelek-beleknya.
“Astagfirullahal’azim. Khairul Azween, what have you done!” jerkahnya lagi seraya menolak tubuhku. Aku yang terhoyong-hayang kerana baru lepas mengambil pil tidur itu terjelapuk di atas katil. Terasa pandanganku kabur.
“Aween, kau sedar tak apa yang kau dah buat ni! Kau sedar tak!” jeritnya lagi sambil menggoncang-goncangkan tubuhku. Di kala itu terasa isi perutku hendak terkeluar semula. “Hoi, kau janganlah goncang badan aku macam tu. Sakitlah, bodoh!” marahku.

Dalam kesamaran cahaya yang menyelubungi kamarku, dapat kulihat mulut Farhana berkumat-kamit beristighfar.
“Ya ALLAH, Aween. Kenapa sampai macam ni sekali kau seksa diri kau? Kau ni dah gila ke! Mana pergi iman kau, Aween? Kau dah lupakan ALLAH ke? Kau dah tak ingat dosa? Kau dah tahu benda-benda ni boleh memudaratkan diri kau, kenapa kau ambil jugak? Bodoh!” marah Farhana lagi. Aku tahu, dia kesal dengan tindakan bodoh yang telah kulakukan itu.
“Aween, kalaupun kau tertekan, kenapa kau tak serahkan aja kepada ALLAH? Kenapa kau tak dekatkan diri kau kepada Dia? Banyakkan beribadat, banyakkan berdoa, mengaji Quran. Bukan buat kerja gila macam ni!” Habis dihamburkannya rasa amarahnya terhadapku.
“Hoi, Anne. Kau jangan nak sibuk. Suka hati akulah, nak buat apa sekalipun. Ya, memang aku dah gila!” bentakku diiringi dengan tawa mengilai.
“Aku rela mati dalam keadaan tak siuman macam ni, Anne. Aku dah serik asyik dikecewakan lelaki, kau tahu tak? Aku serik! Serik! Argh, aku benci semua lelaki dalam dunia ni! Mereka semuanya kejam! Mereka semua penipu! Tak guna!” jeritku bagaikan orang terkena histeria. Lantas aku berlari keluar dari bilik itu.
“Aween, kau nak ke mana tu!” jeritnya. Aku terus berlari menuju ke tangga. Argh! Pandanganku yang kian berpinar-pinar menyukarkan langkahku untuk menuruni tangga. Mataku pula kian memberat. Namun aku tetap gagahi diriku dan cuba melangkah turun.

            Tanpa sedar aku tersilap langkah dan akhirnya tubuhku jatuh berguling ke bawah. “Aween!” kedengaran suara garau menjerit di ruang tamu sebaik terlihat tubuhku tergolek di anak tangga. Namun aku tak pasti akan tuan punya suara itu kerana aku masih dalam keadaan tidak waras ketika itu. Ditambah pula dengan rasa bisa yang menyengat tubuhku akibat terkena bucu-bucu tangga. Aku terbaring lemah sebaik tubuhku terlentang di tingkat bawah. Dalam keadaan yang separuh sedar, kedengaran namaku dipanggil berkali-kali. “Kimi, kita bawa dia ke hospital. Lekas!” kedengaran suara Farhana cemas. Pandanganku kian kelam dan akhirnya menjadi gelap-gelita.

*****

DENGAN perlahan aku membuka mataku yang memberat. Pandanganku kabur. Kepalaku juga masih lagi berdenyut-denyut. Terasa begitu beban untuk kuangkat.
            “Aween, Aween…” sayup-sayup kedengaran suara halus memanggil-manggil namaku. Aku tahu, itu suara Farhana. Mataku masih tidak mampu untuk dibuka lagi. Terasa berat sekali. Aku masih lemah. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa tulang masih menggigit seluruh tubuh badanku.
            “Aween, ini aku, Anne. Bangunlah Aween. Bukalah mata kau. Aku tahu kau dengar suara aku. Bangun Ween, bangun,” sayu sekali kedengarannya.
            “Anne, janganlah ganggu dia. Biarkanlah dia berehat,” kedengaran suara garau memujuk Farhana. Aku yakin, itu suara Hakimi.

            Mataku terpejam semula. Namun begitu, aku masih dapat menangkap setiap butir bicara mereka.
            “Bersabarlah, Anne. Kimi yakin dia okey sikit hari lagi. Mungkin dia masih terkejut dan sukar nak percaya dengan apa yang berlaku ni.” Kedengaran suara esakan Farhana. “Tak sangka dia boleh bertindak sejauh ni. Bukannya dia tak pernah kecewa dulu, tapi taklah sampai macam ni sekali!”
            “Mungkin cinta ex-boy dia dulu tak sehebat cinta Shazzy, mana tahu?” Hakimi memujuknya. Dan hatiku benar-benar sakit apabila nama itu disebut.
            “Nasib baiklah ayahnya masih berada di Jepun. Kalau dia ada, tentu dia kecewa tengok Aween macam ni,” ujar Farhana bersama esakan. Hatiku hiba mendengar kata-kata Farhana itu. Wajah ayah menjelma di ruang mataku. Jelas tergambar rasa kecewanya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dalam keadaan mataku yang terpejam, airmataku masih mampu mengalir di celah-celah kelopak mataku.
            “Bila ayahnya pulang?” kedengaran suara Hakimi menyoal.
            “Dijangka sampai esok.”
            “Habis, bekas-bekas ubat dan puntung rokok yang bersepah kat biliknya tu, macam mana? Dah buang semuanya?”
            “Dah, Anne dah kemas biliknya pagi tadi. Semuanya Anne dah bersihkan.”
            “Hmm… nasib baik. Kalau ayahnya balik, tak tahulah apa kita nak jawab nanti.”
            “Itulah yang Anne sedang fikirkan ni. Kalau ayahnya balik, tengok dia terlantar macam ni, alasan apa yang patut kita beri? Anne betul-betul geram dengan Shazzy. Dia yang timbulkan masalah ni, kita pulak yang runsing. Dah tu main lepas tangan aja. Tengoklah, dah seharian Aween terlantar kat hospital ni. Mana ada dia datang jenguk? Padahal ini semua angkara dia. Kerana dia Aween jadi macam ni!” kedengaran Farhana melepaskan geramnya.
            “Shyyy… sabar. Kawal sikit suara tu. Nanti Aween terjaga. Jom, kita duduk luar. Biarkan dia tidur.”
           
Suasana menjadi hening selepas itu. Aku membuka mataku perlahan. Tubuhku masih kaku, terbaring lesu di atas katil yang begitu asing sekali bagi diriku. Dahiku berkerut menahan rasa denyutan yang mencengkam di kepala. Tanpa disedari, airmataku menitis lagi setitik demi setitik. Sesungguhnya aku menyesal dengan apa yang telah berlaku. Aku sendiri tidak menyangka yang aku boleh bertindak sejauh itu. Padahal, aku sudah dididik oleh kedua orang tuaku sejak kecil lagi. Malah, ustazah yang mengajarku matapelajaran agama sewaktu di sekolah dulu juga pernah berkata yang perbuatan yang mampu memudaratkan diri itu berdosa. Sekiranya kita mati akibat dari perbuatan kita itu, dosanya sama seperti membunuh diri. ALLAH melaknat umatnya yang membunuh diri. Nauzubillah….

*****

AKU terjaga lagi. Dalam keadaan yang samar-samar, aku dapat melihat seorang doktor dan seorang jururawat sedang berdiri di sisiku. Pergelangan tanganku dicapainya. Urat nadiku dipicit. Seketika doktor lelaki itu berkata sesuatu dan jururawat itu pula mencatatkan sesuatu pada sebuah fail. Melihat mataku sudah celik, dia tersenyum.
            “Macam mana keadaan cik, sekarang? Masih terasa gangguan emosi lagi?” soal doktor itu lembut. Aku turut mengukirkan senyuman seraya menggeleng kecil.
            “Baguslah. Nampaknya ada sedikit improvement. Tapi, awak masih perlukan rehat secukupnya dan banyakkan bertenang. Awak masih lemah,” ujar doktor muda itu. Aku mengangguk lagi. Seketika mereka berlalu.

            Belumpun mereka sempat keluar, tiba-tiba kelihatan pintu wad terbuka. Aku terkesima melihat wajah ayah yang menerjah masuk ke wad itu dalam keadaan yang kelam-kabut. Ah, ayah sudah pulang!
            How’s my daughter, doc?” soal ayah agak menggelabah.
            “Encik Kamaruddin?” soal doktor itu. Ayah mengangguk.
            “Boleh encik ke bilik saya sekarang? There’s something that I want to tell you,” ujar doktor itu kepada ayah.
            But, let me see my daughter first,” pinta ayah. Doktor itu mengangguk.
            Sure.

            Ayah meluru pantas ke arahku. Namun cepat-cepat aku memejamkan mata. Serasakan, aku belum bersedia untuk bersemuka dan bersoal-jawab dengan ayah sekarang ini. Nanti bertambah terganggu fikiranku dibuatnya. Aku tahu yang aku akan dimarahi ayah. Aku akan hadapi saat itu. Tetapi aku belum bersedia untuk menghadapinya sekarang. Biarlah aku benar-benar stabil sebelum menerima sebarang hukuman daripadanya.
            “Aween, ayah dah balik,” kedengaran suara ayah berinteraksi lembut denganku. Aku masih seperti tadi. Mataku masih terpejam, namun telingaku dapat mendengar bicara yang terluah dari bibir ayah.
            “Aween, ayah datang, sayang. Ayah datang nak jumpa Aween. Ayah rindukan Aween. Ayah tak sabar nak jumpa dengan Aween. Tapi ayah kecewa sebab bukan Aween yang datang menjemput ayah di KL Sentral tadi. Sebaliknya kawan-kawan Aween yang menunggu. Ayah terkejut bila mereka kata Aween masuk wad. Kenapa ni, sayang? Apa yang dah berlaku?” tutur ayah lagi.

            Hatiku mulai berbelah bahagi. Sama ada hendak buka mata ataupun tidak. Aku takut hendak menatap wajah ayah, namun dalam masa yang sama aku amat rindukan ayah. Tapi aku takut ayah akan memarahiku. Ayah berlembut begini mungkin kerana hendak mengumpanku supaya membuka mataku dan sekaligus menerima kemarahan darinya. Atau mungkin ayah benar-benar rindu denganku dan ingin berbual-bual denganku. Ah, lebih baik aku membatukan diri begini. Lebih selamat daripada menerima sebarang kemungkinan.
            “Aween tidurlah dulu, sayang. Ayah nak jumpa doktor. Nanti bila Aween sedar, kita cakap,” kedengaran suara ayah berkata-kata lagi. Seketika aku  merasakan sebuah kucupan hinggap ke dahiku. Hatiku menjadi sayu. Rasa hiba kerana di saat-saat begini, ayah masih mampu menunjukkan rasa kasihnya terhadapku.

            Kedengaran bunyi derapan kaki menuju ke arah pintu wad. Seketika kedengaran pula bunyi pintu terbuka dan ditutup semula. Tahulah aku yang ayah baru sahaja meninggalkan wad itu. Suasana menjadi hening kembali. Pantas aku membuka mataku luas, memerhatikan siling yang kelihatan kosong. Tanpa dapat kutahan lagi, aku teresak sendirian. Airmata kian lebat mencurah-curah, mengalir di pipiku dan seterusnya membasahi bantal bersarung putih itu. Ayah, mama, maafkan Aween. Hatiku mendesis sendirian.

*****

MAHU ataupun tidak, aku terpaksa juga bersemuka dengan ayah. Aku sudah tidak dapat mengelak lagi dari ayah ketika aku sedang menikmati makan malam yang telah disediakan oleh pihak hospital. Kedatangan ayah ketika itu benar-benar mengejut.
            “Ayah,” panggilku lemah. Tanganku kuhulurkan kepadanya. Ayah menyambut huluran tanganku. Lantas kucium dengan penuh hormat. Wajahnya tampak sayu sekali. Dia mengambil tempat di sisiku. Ubun-ubunku diusapnya dengan penuh kasih sayang.
            “Makan?” pelawaku dalam keadaan gugup. Ayah mengangguk lemah. Wajahnya masih sunggul. Aku tahu, dia kecewa. Kecewa dengan sikapku yang terlalu mengikutkan rasa hati. Dan sekali lagi, aku tidak dapat mengawal perasaanku tatkala menatap wajah ayah. Dan aku mulai teresak.
            “Ayah, I’m sorry,” ujarku hiba. Ayah tersenyum. Lantas diraihnya tubuhku ke dalam dakapannya. Ku menangis di dalam pelukannya.
            “Sudahlah tu, sayang. Yang lepas tu biarkanlah lepas,” ucap ayah lembut.

            Seketika pelukan kami terlerai. Aku menyeka airmataku dengan telapak tangan. Aku merenung wajah ayah. Ternyata, wajah itu kelihatan tenang. Langsung tidak kelihatan riak kemarahan. Adakah ayah telah memaafkan aku?
            “Aween,” ujar ayah perlahan. Aku masih memandangnya.
            “Betul ke Aween ada ambil ubat tidur hari tu? Betul ke Aween merokok?” soal ayah. Namun intonasi suaranya masih lembut kedengaran. Aku bungkam lama. Kutelan air liur yang kelat. Dan seketika aku mengangguk lemah.
            “Tapi kenapa?” soal ayah lagi.
            “Aween hilang kawalan,” jawabku ringkas. Ayah menggeleng.
            “Ayah tak pernah ajar Aween buat perkara yang bukan-bukan macam tu,” ujar ayah dalam nada kecewa. Dan aku teresak semula sebaik mendengar ungkapan dari mulut ayah itu
            “Ayah, Aween minta maaf,” ucapku dalam keadaan yang serak. Ayah menggeleng. Kepalaku diusapnya lagi.
            “Aween jangan minta maaf daripada ayah. Tapi, minta ampunlah daripada ALLAH. Ayah memang dah maafkan Aween. Aween anak ayah. Ayah yang membesarkan Aween. Ayah faham naluri dan perasaan Aween. Dah terlalu faham. Aween akan bertindak mengikut kata hati bila Aween rasa kecewa dengan sesuatu. Selalunya, bila Aween dilanda masalah, ayah serta kawan-kawan Aween ada bersama. Tapi hari tu, Aween keseorangan. Sebab tu Aween berani buat sebab tak ada orang nak halang,” tutur ayah panjang.
           
            Aku tertunduk. Sayu hatiku mendengar tuturan ayah itu tadi. Benar-benar menusuk ke kalbuku.
            “Aween,” panggil ayah lagi. Pantas kudongakkan kepala memandangnya. Ayah tersenyum. Ah, sesungguhnya senyuman yang terukir dari bibir ayah itu benar-benar menenangkan jiwaku di kala ini.
            “Janji dengan ayah?” pintanya lembut. Aku maklum akan maksudnya itu. Segera kuanggukkan kepala laju.
            “Janji yang Aween takkan ulangi kesilapan ni lagi?” ujarnya. Aku mengangguk.
            “Aween janji, ayah. Aween takkan buat kerja bodoh ni lagi. Aween janji,” ucapku bersungguh-sungguh. Ayah tersenyum lagi. Dan kepalaku diraihnya semula ke dalam dakapannya. Dan sebuah ciuman turut hinggap di kepalaku. Aku tersenyum lega. Syukurlah, ayah tidak memarahiku. Tentu ayah ingin memberikan aku peluang untuk memperbaiki kelemahanku itu. Sesungguhnya, takkan kuulangi lagi kesilapan besar yang telah kulakukan ini. Itu janjiku. Bukan sahaja kepada ayah, malah kepada ALLAH jua.

Tuesday 26 April 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 22)

SUDAH beberapa hari aku asyik terkurung di dalam bilik. Duniaku hanyalah di dalam bilik tidurku. Malahan juga, seboleh-bolehnya aku cuba mengelakkan diriku dari bertembung dengan ayah. Aku tak mahu ayah melihat wajah kecewa anaknya ini.

            Namun aku tak boleh nak mengelak lagi apabila mendapat tahu yang ayah akan berangkat ke Jepun bagi menghadiri satu seminar di sana. Nak tak nak, aku terpaksa menghantar ayah ke KL Sentral kerana ayah akan mengambil KLIA Transit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa itu.
            “Aween okey ke ni?” soal ayah sebaik melihat wajah senduku. Aku tidak dapat membohonginya kerana ketika itu mataku masih membengkak akibat terlalu banyak menangis. Aku hanya mampu mengangguk lemah.
            Sure?” soal ayah lagi.
            “Betul ayah. Aween okey,” jawabku meyakinkannya.
            “Gaduh dengan Shazzy lagi?” ayah menyoal lagi. Argh, ayah telah menyebut nama itu. Tak ada apa yang mampu kulakukan selain dari mengangguk. Biarlah ayah dengan tanggapannya sendiri. Aku tak mahu mengaibkan Shazzy kerana bagiku, segala apa yang kudengarkan hari itu masih belum cukup membuktikan kebenarannya. Sedangkan aku masih lagi meragui pengakuannya hari itu. Sesungguhnya, aku sudah membuat kata putus. Aku takkan percaya dengan pengakuan Shazzy hari itu selagi aku tak dapat cari bukti-bukti yang kukuh. Apa yang kuharapkan sekarang ini adalah untuk bersemuka dengan perempuan yang kononnya sudah menjadi isterinya yang sah itu.

            Ibaratkan pucuk dicita, ulam yang mendatang. Beberapa hari selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang telah mengaku bahawa dirinya adalah isteri Shazzy yang sah.
            “Helo, Cik Khairul Azween,” ujarnya lembut.
            “Ya, Azween bercakap. Siapa tu?” soalku pula.
            Well, sorry for disturbing. By the way, I’m Tiara.” Bagai tersentap jantungku tatkala dia memperkenalkan namanya itu.
            Well, let me guess. Kita pernah jumpa masa makan malam yang dianjurkan kelab hari tu, kan?” ujarku dalam gentar.
            Yeah, ada. Masa tu my hubby ada kenalkan you dengan I.” Aku tergamam mendengar kata-katanya itu. My hubby? Seluruh badanku menjadi kaku seketika. Di kala itu sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil di talian.
            “Helo, Cik Azween. Are you okay?” soalnya. Kedengaran agak mencemaskan.
            “Ah, err… yeah, fine. So, anything yang boleh I bantu?” soalku menahan kegugupan. “I nak jumpa you. Kita harus bincang,” ucapnya.
            “Bincang pasal apa?” sengaja aku buat-buat tak tahu.
            Before that, I guess you dah tahu status Shazzy kekasih you tu, bukan?” soalnya. Benar-benar sinis dan menyakitkan hati.
            Yeah, he’s married, right?” aku berbasa-basi.
            “Hmm… nampaknya you dah tahu. So, nampaknya kita tak perlu berjumpalah,” katanya. Aku mengerutkan dahi.
            “Kenapa pulak?” soalku.
            “Sebab you dah tahu. Let me tell you that, I’m his wife. And he is my husband now. So, I want you to stay away from him. Jangan ganggu rumahtangga kami,” dia memberi amaran dalam nada sombong.
           
            Aku terkulai lemah di atas katil. Seluruh urat sendiku menjadi lembik. Aku sudah tidak dapat menggagahi diriku lagi. Pengakuan berani wanita ini benar-benar melumpuhkan seluruh anggota tubuhku.
            No! Wait, wait! Please wait a minute. I nak berjumpa dengan you. Rasanya tak ada thrill kalau kita bincang setakat dalam telefon. Tak seronok. Why not kita bersua muka? Face to face,” ujarku mencabarnya. Sepi seketika antara kami.
            What do you think, Cik Tiara? Ops, sorry! Puan Tiara,” sengaja aku mencari pasal. Biar dia sakit hati.
            Hmm… that’s a brilliant idea. So, bila kita boleh jumpa dan di mana?” soalnya.
            “Tadi puan kata puan nak jumpa saya, kan? Lepas tu puan kata nak cancel. Let me suggest, kita jumpa kat tempat yang puan dah plan sebelum ni?” tuturku bongkak.
            Okay, as your wish. Kita berjumpa di Nando’s Atria pukul dua belas tengahari ni?” cadangnya.
            Hmm… okay. See you there,” ucapku dan terus mematikan talian tanpa memberi sebarang ucapan terakhir kepadanya.

*****

DENGAN hati yang berdebar-debar, aku memandu ke pusat membeli belah Atria yang terletak di Damansara Jaya. Entah mengapa kakiku terasa berat sekali untuk melangkah sebaik menghampiri restoran makanan segera itu.

            Aku tercari-cari batang tubuh itu. Kupandang ke kiri dan ke kanan sambil melangkah lebih dalam lagi. Akhirnya aku ternampak juga kelibatnya yang sedang enak menjamu selera. Dia mengambil tempat yang terletak di bahagian luar restoran. Melihatnya yang tampak senang hati sambil menjamah ayam panggangnya itu, hatiku kian membara. Panas. Dengan pantas aku meneruskan langkahku menuju ke arah wanita berpakaian vogue itu.

            Hello, lama tunggu? Siap order makan lagi,” sapaku sinis. Dia mendongak ke atas memandangku.
            Hmm… hi. Have a sit,” pelawanya. Aku mengangguk lantas mengambil tempat bertentangan dengannya.
            “Makan?” pelawanya. Aku mengangguk lesu. Bibirku tersenyum meleret.
            You tak nak order apa-apa?” soalnya lagi. Aku menggeleng.
            No, it’s okay. I tak suka makan kat tempat-tempat macam ni,” ucapku, menyombongkan diri. Dia tersenyum sinis. Benar-benar menyakitkan hati.

Setelah bersuapan beberapa kali, pantas dia menolak pinggannya ke tepi. Air coke yang berada di dalam gelas jernih disedutnya.
Hmm… well, shall we start?” dia mula bersuara. Aku mengangguk bersama ketapan kuat di bibir.
So, apa lagi yang you tak puas hati dan nak tahu?” soalnya. Sinis sekali nadanya. Aku menarik nafas panjang lalu kulepaskan perlahan.
“Dah berapa lama kalian berhubungan sebelum kahwin?” soalku terus. Dia ketawa kecil. Mengejek. Benar-benar memedihkan hatiku yang sudah tersedia sakit ini.
Well, actually kami dah kenal sejak kami kecil lagi. Dia tu dulu jiran I,” katanya.
“Itu I tahu. Dia sendiri pernah beritahu pasal itu kepada I selepas dinner malam tu. Apa yang I nak tahu, berapa lama you berhubungan dengan dia? I mean semasa I dengan dia sedang serius,” tegasku.
Hey, sis. Coollah. Jangan nak marah-marah. By the way, you tak ada hak nak marah I, sebab kami sekarang dah pun bergelar suami isteri. Suppost that I yang marahkan you sebab you masih nak menggatal dengan suami I,” ujarnya sombong. Apalagi, semakin panaslah hatiku ini. Nasib baik aku masih boleh mengawal perasaanku kini. Kalau tidak, mahu aja aku bangun dan menyimbahnya dengan air coke yang masih berbaki di dalam gelas itu.
Excuse me? I yang menggatal? Wait, wait! I yang menggatal dengan suami you atau you tu yang menggatal dengan boyfriend I dulu?”
Well, itu dulu. Sekarang ni, dia dah jadi suami I.”
You tak jawab soalan I lagi, Puan Tiara,” jerkahku.

Dia mengetapkan bibir, seolah menahan geram. Aku pula terus merenungnya seakan singa yang sedang kelaparan.
I tak ingat. Yang pasti, tak lama selepas dinner itu, kami mulai contact each other. Tapi masa tu just sebagai kawan biasa aja. Sejak dari itu, kami mulai rapat semula, seperti sewaktu kami kecil dulu. Yalah, siapa yang tak suka bila kita rapat semula dengan kawan lama, isn’t it?” terangnya. Intonasi katanya yang bongkak itu benar-benar membuatkan perasaanku meluat.
You tak sepatutnya salahkan I, Cik Azween. Salah you sendiri. You yang tak pandai nak jaga hati boyfriend you sendiri. Nah, sekarang rasakanlah. Siapa suruh you buat perangai dengan Shazzy.” dia menyalahkan aku pula. Kurang ajar!
“Siapa yang buat perangai? Untuk pengetahuan you Puan Tiara, sebelum ni hubungan kami okey aja, tau! Kami tak pernah bergaduh semenjak dia accident hari tu. I yang jaga dia, temankan dia ke hospital buat fisio. Kami sentiasa habiskan masa bersama. Kami tak hadapi apa-apa masalah sampailah I balik dari camping di Pahang hari tu!” sangkalku. Dia mencebirkan bibir.       
“Atau you yang sebenarnya cuba goda dia tanpa pengetahuan I?” soalku perlahan tetapi cukup menggambarkan kemarahan yang terpendam di dada. Dia ketawa.
Really? Betul you tak ada apa-apa masalah dengan dia? Tapi dia cerita kat I, lain pulak.” Aku tergamam seketika.
“Apa yang dia cerita kat you?” soalku. Tak sangka, Shazzy sanggup bercerita tentang aku kepada wanita ini. Sampai hati dia!
“Banyak, Cik Azween. Kalau you betul-betul sayangkan dia, kenapa you sanggup tinggalkan dia sewaktu dia sedang hadapi kesusahan? Youkan tahu, kaki dia tak boleh nak banyak bergerak lepas accident tu, tetapi you sanggup tinggalkan dia di sini dan berseronok ke camping…
“Itu bukan salah I, Puan Tiara. Kalau nak ikutkan hati ni, memang I tak mahu pergi sebab I nak jaga dia. Tapi dia yang beria-ia suruh I pergi. You ingat I senang hati di sana bila mengenangkan dia di sini? Selama ni, apa saja aktiviti yang kelab anjurkan, kami akan mengikutinya dan dia sentiasa berada di samping I. And you ingat I seronok bila dia tak ada bersama dengan I semasa camping tu?” Habis kuhamburkan semua sebelum dia menghabiskan kata-katanya itu tadi.

Dia ketawa sinis. “Itulah you. Lembap sangat. You tahu tak, sebenarnya dia sengaja berbuat begitu untuk menguji you. Dia suruh you pergi sebab dia tak nak tengok you hampa sebab you nak sangat ikuti perkhemahan tu. Dia nak tengok sejauh mana kesetiaan you berada di sampingnya. Bila you setuju, dia kecewa. Tak sangka you sanggup bersetuju untuk tinggalkannya. Sebagai teman wanita, you sepatutnya fahami dia, keraskan hati supaya tak pergi walaupun disuruh. Ini tidak! Girlfriend jenis apa you ni?” Tersirap darahku mendengar kata-katanya yang bagaikan belati tajam itu, benar-benar menusuk ke dasar jantungku. Ya ALLAH, rupanya aku ini dijadikan bahan ujiannya. Apa, selama ini tak cukup kukuh lagikah bukti yang aku telah tunjukkan kepadanya? Adakah ini satu ujian atau sengaja hendak dijadikan alasan agar kami berpisah?
And one more thing. You tahukan, yang dia tak suka tengok you berkawan atau mendekati dengan mana-mana lelaki? Tapi you buat jugak. Mana dia tak bengang?” Ah, aku dipersalahkan lagi.
“Itu lagi bukan salah I. Dia yang terlalu kuat cemburu. Well, Puan Tiara. You tak boleh nak salahkan I seratus-peratus dalam hal ini. You tak kenal siapa Shazzy sebenarnya. You jangan ingat yang you dah berkawan dengan dia sejak kecil, maka you benar-benar dah faham dengan perangainya. Dah dua tahun lebih I bersama dengannya. Selama dua tahun lebih ni, I dah masak benar dengan perangai dia tu. Terus-terang I katakan, yang I benar-benar tak tahan dengan kerenahnya itu. Kami hampir putus beberapa kali, tapi mengenangkan sayang punya pasal I cuba bersabar. Nasib baik dia dapat I yang penyabar ni, tahu tak? Kalau perempuan lain agaknya, dah lama angkat kaki. You better watch out! Jangan sampai satu hari nanti, you jadi gila sebab tak tahan dikawal dan dikongkong,” giliranku pula berlagak sombong kepadanya. Tiara merengus.

“Habis tu, macam mana pulak boleh timbul soal nikah kahwin ni? Bila dia bernikah dengan you? Macam mana I boleh tak tahu pasal majlis nikah you dengan dia? Jangankan kata I, malah member-member yang lain pun boleh tak tahu? You berdua ni tak buat majlis ke?” soalku lagi sinis. Dia membatu. Kulihat wajahnya berkerut menahan geram. “Takkan marah kot, Puan Tiara? I tanya pasal majlis kahwin pun you nak marah? Kalau you bangga sangat menjadi isteri Shazzy, kenapa mesti marah? Sepatutnya, dengan bangga you patut tunjukkan I surat nikah dan gambar-gambar majlis persandingan you dengan Shazzy yang gilang-gemilang tu. Barulah I boleh percaya dan sakit hati. Besides, itu semua boleh dijadikan sebagai bukti yang mengatakan you ni memang sah isteri Shazzy. So that lepas ni, taklah I kacau suami kesayangan you tu,” kataku lagi. Bertambah kerutlah dahinya. Aku tersenyum mengejek.
“Kami tak buat apa-apa majlis, Cik Azween. Cukuplah sekadar majlis nikah. Itu dah cukup memadai. Islam pun tak galakkan buat majlis besar-besaran macam tu. Membazir,” ucapnya bersahaja. Aku membeliakkan mata. Waduh! Dia pandai berceramah agama rupanya!
“Wah, you cakap macam ustazah,” sindirku.
“Tak nak membazir ke, atau malu nak buat majlis sebab you bernikah di pejabat agama, bukan di masjid? Tanpa baju pengantin, tanpa inai di jari, hanya sekadar berpakaian biasa?” perliku lagi. Dia menghentak meja.
Damn you! You tak sepatutnya menuduh kami macam tu!” bentaknya.
I bukan menuduh. Tapi memang betul you dengan Shazzy kena tangkap basah di rumah you, kan?” soalku sinis.
“Shazzy yang datang ke rumah I. Sebab dia kesunyian bila you tinggalkan dia dan berseronok di Pahang sana!” marahnya. Amboi, suka-suka hati dia aja menunding jari kepada orang lain. Kesalahan sendiri tak mahu mengaku! Bentak hatiku.
“Senang aja you menyalahkan orang lain ya, Puan Tiara? Habis tu, kesalahan you tu you tak cermin? Kalau you dah tahu di rumah you tu tak ada orang selain dari you, kenapa you benarkan dia masuk? Atau you sengaja nak perangkap dia supaya you dengan dia boleh bersatu?” ejekku lagi. Dia mendengus lagi.
Excuse me, I tak pernah perangkap dia, tau. Dia yang datang mengejut,” dia membela dirinya. Tak mahu mengaku salah lagi tu. Ah, nasib kaulah!
“Apa-apa hal sekalipun, you pun tak terkecuali membuat silap, Puan Tiara. You pun silap kerana membenarkan dia masuk ke dalam rumah you. Waktu malam pulak tu. Mana orang tak syak?” aku terus menunding jari menyalahkannya. Dia mulai menunjukkan muka berangnya.
“So you dah tahulah pasal kami ni? You dah tahulah semua ni, ya? Dah puaslah hati you sekarang bila dah dapat tahu cerita sebenar? Pasal itulah you belasah muka suami I sampai bengkak hari tu? Ingat, Cik Azween. Kalau suami I tak balik dalam masa seminggu ni, I takkan lepaskan you. I akan cari you sampai dapat. And one more thing, tolong jangan panggil I ‘puan’. I tak suka. Selagi Shazzy tak sentuh I, selagi itu I akan bergelar ‘cik’. You got it?” tegasnya dan terus bangun dan berlalu meninggalkan aku termangu-mangu di situ. Aku menghelakan nafas berat seraya mengusap kepalaku keras.

*****

AKU telah membuat keputusan muktamat. Keputusan itu lahir dari hati kecilku sendiri. Hati yang masih pedih dengan luka semalam. Perodua Myvi kupandu tenang menuju ke Damansara Utama. Sebaik tiba di hadapan ‘Mellanium Fitness Centre’, terus kupakir keretaku ke tempat biasa kuletakkannya. Aku memerhatikan kawasan parking lot itu. Sah, kereta Shazzy tiada di situ. Malah sebelum itupun, aku telah menghubungi Fariz untuk bertanyakan sama ada Shazzy berada di situ ataupun tidak. Seboleh-boleh aku cuba menghindarkan diri dari bersua muka dengannya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Seketika aku tersandar di dalam kereta. Mataku terpejam rapat, cuba membuang segala kelemahan yang bersarang di dalam diriku dan sekaligus mampu melunturkan semangat kental yang sering dibangga-banggakan oleh keluarga serta sahabat-handaiku selama ini. Aku harus kuat. Ya, aku harus kuat dan tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon agar kau sentiasa berada bersamaku, Tuhanku. Berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini, Ya ALLAH!

Segera aku keluar dari perut kereta. Punat kunci automatik kutekan. Keretaku berbunyi sebaik punat itu ditekan. Dengan penuh yakin aku melangkah memasuki gymnasium tersebut. Seperti biasa, Fariz menyapaku ramah dan aku tetap memberi respon positifku. Walhal, hatiku bukan main bergelora lagi.

Dengan perlahan aku menolak dedaun pintu kayu dan terus melangkah ke dalam pejabat Shazzy. Kupandang sekeliling pejabat itu dengan perasaan sayu. Hatiku mulai diserbu rasa sebak. Dengan longlai aku menghampiri mejanya. Aku menghelakan nafas berat. Suasana bilik itu masih tidak berubah walau sedikitpun. Sejak pertama kali aku memasukinya, sehinggalah kini. Susun atur perabotnya tetap sama. Tarasa aura cinta yang kami cipta selama ini masih ada lagi di bilik ini. Sesungguhnya, ini merupakan kali terakhir aku berada di sini. Fail yang menempatkan laporan kewangan yang berada di pegangan kurenung. Mujurlah aku sempat mengemaskinikannya sehari sebelum aku mendapat perkhabaran yang memeritkan itu.

            Aku menghampiri mejanya. Di sudut meja itu terdapat sebuah bingkai gambar yang menempatkan gambar kami berdua. Ah, tak sanggup rasanya hendak kutatap potret itu. Aku meneruskan niat asalku ke bilik ini. Sesekali aku tersedu. Sedih dan kesal mengenangkan apa yang telah berlaku. Malah hatiku bertambah sebak sebaik mataku bertembunglagi  dengan bingkai gambar tersebut di sudut meja. Dalam keadaan yang menggeletar, aku mencapai bingkai gambar tersebut. Kurenung potret yang menghiasi bingkai itu. Gambar itu diambil semasa kami menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh kelab beberapa bulan yang lalu. Kulihat Shazzy tersenyum manis sambil tangannya melingkari bahuku. Dan wajahku turut dihiasi seulas senyuman bahagia. Hatiku menjadi hiba. Segera kuletakkan semula bingkai gambar itu di situ. Biarkanlah ia di situ. Lepas ini, terpulanglah sama ada Shazzy hendak menyimpannya atau membuangnya. Aku tak kisah. Kupandang lagi suasana di sekelilingnya buat kesekian kalinya sebelum aku melangkah keluar. Kuseka airmata yang mengalir membasahi pipi bersama sendu. Selamat tinggal kenangan. Selepas ini, aku tak nak ada sebarang perhubungan lagi dengannya. Cukuplah setakat ini.

*****

“KHAIRUL AZWEEN…” Aku kaget mendengar suara itu menyebut nama penuhku. Badanku seakan kaku.
            You datang cari I?” soalnya lembut. Aku masih bungkam di situ. Seketika, dia melangkah menghampiriku. Bahuku dipautnya. Namun segera aku menempis sentuhannya itu. Dia tak ada hak untuk memegangku.

            Dia melangkah pula ke hadapanku. Mata kami bertaut. Jelas terpancar sinar harapan pada matanya yang galak itu. Namun, harapan apalagi yang dia mahukan? Dia sudah tak ada harapan lagi denganku. Harapannya kini hanyalah untuk hidup bahagia di samping Tiara, wanita yang sudah sah sebagai isterinya. Pandangannya beralih pula ke arah meja. Fail laporan kewangan itu dicapai lalu ditatapnya lama.        
            “Ini financial report untuk bulan ni. Dan ini merupakan financial report yang terakhir. Lepas ni, you carilah orang lain untuk gantikan tempat I,” ucapku menahan sebak. “Why, sayang?” soalnya lemah. Sayang? Ah, sayangnya sudah tak ada makna lagi buatku. “I dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you, Shaz. Cukuplah. Lepas ni, I akan pergi dan takkan kacau you lagi,” ucapku dalam gentar.
            But why? Takkan pasal hal kecil ni you nak lari jauh dari I?” tekannya.
            “Hal kecil you kata, Shaz? You bercinta dengan I and then you kahwin dengan Tiara, you boleh assume itu hal kecil? Huh!” rengusku.
            “Sayang, I’m so sorry. I masih sayangkan you…
            Stop!” pintasku sambil mengangkat sebelah tanganku, mengisyaratkan agar dia berhenti berbicara.
            “Tak guna you nak ucapkan kata-kata sayang kepada I, Shaz. You dah ada isteri. Your wife deserves it but not me. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi, Shaz. It’s over,” ucapku lembut tetapi tegas.

            Dia merengus lembut. Seketika dia meramas rambutnya yang berceracak kasar itu. Kuat sekali. “Sayang, semua ni berlaku tanpa sengaja. I sendiri tak sangka semua ni boleh berlaku. Padahal, bukan kehendak I pun,” terangnya bersungguh. Aku ketawa kecil. Sinis kedengarannya.
            “Sudahlah, Shaz. I dah tak mahu dengar semua tu. Enough. Anggap aja antara kita memang tak ada jodoh,” ucapku perlahan.

            Sepi antara kami. Masing-masing terdiam melayan perasaan. Entah mengapa diriku seakan digam di situ. Walhal aku sudah tersedia maklum akan bahaya yang menimpa kiranya aku terus berada di situ. Seketika kedengaran esakan halus. Lantas aku memandangnya. Kulihat ada air jernih yang menuruni pipinya. Shazzy menangis? Macam tak percaya. Selama aku mengenalinya, inilah kali pertama aku melihat airmata lelakinya. “Kenapa you menangis, Shaz?” soalku dalam nada suara yang tenggelam. Aku merenungnya yang sedang tertunduk itu. Seketika tubuhnya terjelapuk ke atas kerusi. Ah, aku tak sanggup untuk melihat dia terus bergelumang dengan airmatanya itu. Hilang rasa benci, timbul pula rasa simpati.

            Bagaikan dipukau, aku menghampirinya. Kubongkokkan badanku dan memeluk bahunya. Dalam sekelip mata wajahnya tersembam di dadaku. Esakannya kian menjadi. Aku pula bagaikan sudah tidak dapat menahan diri dan akhirnya aku turut menangis sambil mengusap lembut kepalanya yang begitu kejap berada di dalam pelukanku. Buat seketika aku terlupa, insan yang kupeluk itu adalah suami orang. Aku lupa semua itu. Apa yang kuingat, insan yang kupeluk itu adalah Shazzy yang amat kusayangi selama ini.
“Maafkan I, sayang. Maafkan I. I bersalah kerana mengkhianati cinta you. Maafkan I, sayang. I tak sengaja…”
“Syhh… jangan cakap apa-apa lagi, sayang. Tak perlu terangkan apa-apa. Semuanya dah berlaku. Dah tak boleh diundur lagi. Kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Terimalah segala-galanya dengan redha. I akan sentiasa doakan kesejahteraan you,” ucapku sayu.

 Kami sama-sama menagis. Menangisi dengan apa yang telah berlaku antara kami. Menangisi ke atas hubungan yang terjalin sekian lama akhirnya menemui jalan perpisahan.  Ah, biarlah. Biarlah kami menangis sekarang, melepaskan segala apa yang terbuku di hati masing-masing.

Sunday 17 April 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 21)

BEBERAPA hari selepas itu, aku menerima panggilan dari seseorang yang tidak disangka-sangkakan olehku. Abang Que. Apahal pula dia menelefonku? Adakah hendak bertanyakan tentang kelab? Tanpa membuang masa, aku menekan butang hijau untuk menjawabnya.
            “Helo, assalamualaikum,” ucapku perlahan.
            “Waalaikumussalam, Aween. Abang Que ni,” dia bersuara.
            “Hmm… abang. Ada apa? Ada barang yang hilang lagi ke?” soalku.
            “Eh, tak… tak. Ini tak ada kena-mengena dengan kelab. Cuma abang nak tanya, malam ni Aween free tak?” soalnya. Aku mengerutkan dahi. Kaget.
            “Rasanya, tak ada apa-apa. Kenapa, bang?” soalku.
            Ada hal sikit,” katanya.
            “Hal berkenaan dengan apa? Penting sangat ke?” soalku bertubi-tubi.
            “Adalah. Penting sangat-sangat.” Aku mengetapkan bibir. Kalau tak ada kena-mengena dengan kelab, hal apa pulak ni? Hatiku bertanya.
            “Berkenaan dengan apa? Apa yang penting sangat ni, bang?” soalku lagi, tidak sabar. Kedengaran Abang Que mengeluh berat di hujung talian sana.
            “Aween, hal ni penting sangat. Berkenaan Aween, bukannya abang. Malam nanti, Aween akan tahu. Jangan risau, abang dah suruh Anne jemput Aween di rumah. Sekurang-kurangnya, Aween ada kawan. Taklah keseorangan nanti,” terangnya satu-persatu. Aku mengeluh berat.
            “Hal apa ni, bang? Abang ni buat Aween suspen aja, tau,” rungutku.
            “Aween, Aween akan tahu nanti. Bersabarlah. Apa-apa hal pun, semuanya akan terjawab malam ni, okey,” pujuknya.

            Aku terdiam. Semuanya akan terjawab? Apa maksud Abang Que? Ah, malas hendak kuasaknya dengan persoalan itu lagi. Apa-apa hal sekalipun, aku akan tahu juga nanti. Tak lama, cuma malam ini sahaja. Bersabar sahajalah.
            “Hmm… yalah. Pukul berapa Anne datang?” soalku.
            “Itu abang tak pasti. Tapi abang dah pesan kepada Anne supaya sampai di tempat yang dah ditetapkan tepat jam sembilan malam,” ujarnya.
            “Hmm… okeylah. Jumpa malam nanti. Bye, asslamualaikum.”
            “Waalaikumussalam,” ucapnya. Lantas kumatikan talian. Kuusap dahiku berkali-kali. Fikiranku terus diasak dengan persoalan tentang hal yang bakal dibincangkan malam ini. “Hal ini tak ada kena-mengena dengan kelab. Hal ini penting sangat, untuk Aween, bukan untuk abang.” Kata-kata Abang Que itu terngiang-ngiang ke telingaku.

*****

MALAM ITU, seperti yang dijanjikan, Farhana sampai di hadapan rumahku tepat jam lapan setengah malam. Aku hanya mengenakan sehelai blouse merah jambu serta seluar jeans denim biru lusuh.
            “Kau tahu tak, apa hal yang Abang Que nak cakap kat aku ni?” soalku kepada Farhana. Dia menjungkitkan bahu.
            “Entah.”
            “Betul kau tak tahu?” soalku lagi. Farhana memandang sekilas ke arahku. Lantas dia mencapai telapak tanganku, diramasnya mesra. Aku makin keliru.
            “Aween, kau akan tahu nanti. Sabar ya,” pujuknya lembut. Di kala itu terasa dadaku ini berdetak kencang. Seluruh urat sendiku menggigil. Terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Seolah-olah hal yang hendak disampaikan itu adalah berita buruk yang mengerikan. Tapi, benarkah?

            Kereta Proton Satria yang dipandu Farhana terpakir di sebuah tempat letak kereta. Kami berjalan menuju ke sebuah restoran mamak di situ. Di situ, Abang Que sudahpun menunggu. “Hai, Abang Que. Dah lama tunggu?” sapa Farhana. Abang Que mendongak seraya tersenyum. Aku membalas senyumannya. Kami mengambil tempat bertentangan dengannya. “Hmm… mana dia? Tak sampai lagi?” soal Farhana kepada Abang Que. Aku memandang Farhana dengan rasa hairan. Siapa lagi seorang?
            “Kejap lagi dia sampai. Abang dah call dia tadi. Dia tengah on the way,” jawab Abang Que, mengelirukanku.
            “Siapa?” soalku bingung. Mereka saling berpandangan. Seketika pandangan mereka beralih kepadaku.
            “Shazzy,” jawab Abang Que. Hatiku berdebar-debar sebaik nama itu kedengaran. Shazzy? “Hai, semua,” sapa satu suara. Dan semakin berdebar dadaku sebaik kedengaran suara itu. Rasa kaku hendak menoleh ke belakang.
            “Hai, Shaz. Duduklah,” pelawa Abang Que. Shazzy mengambil tempat di sebelah Abang Que, bertentangan denganku. Seketika mata kami saling bertemu. Tiada bicara antara kami. Masing-masing membisu seribu bahasa. Jadi, hal yang dimaksudkan oleh Abang Que tadi bukan sahaja berkenaan denganku, malah dia juga. Hal kami berdua rupanya. Patutlah aku berdebar-debar sejak dari tadi.

            Abang Que berdehem sekali dua. Semua mata tertumpu kepadanya. Aku bagaikan tak sabar hendak menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Abang Que. Seketika matanya tertumpu kepadaku. Lama dia merenungku begitu. Dia kelihatan agak serba salah untuk bersuara.
            “Aween, sebenarnya inilah hal yang Abang Que maksudkan tadi. Pasal hubungan Aween dengan Shazzy,” dia bermukadimah. Hubunganku dengan Shazzy? Kenapa dengan hubungan kami? Hal apa yang hendak diperkatakan ini?
            “Sebenarnya, Aween. Ada satu masalah besar yang patut Aween tahu. Berkenaan dengan Shazzy. Bila hal ni ada kaitan dengan Shazzy, secara tak langsung Aween pun turut terlibat, sebab Aween kekasih Shazzy,” sambung Abang Que lagi.     
            “Apa semua ni, Abang Que? Hal apa? Kenapa tak strait to the point aja? Tak payah nak berkias-kias,” tegasku. Di kala itu, entah mengapa terasa debaran jantungku kian kencang. Sekencang angin monsun yang bertiup di Laut China Selatan di musim tengkujuh.

            Abang Que mengalihkan pandangannya mengadap Shazzy di sebelah. Shazzy pula kelihatan gemuruh. Jelas tergambar rasa takut dan gugup pada wajahnya.
            “Aku rasa, elok kau aja yang jelaskan kepadanya, Shaz. Ini masalah kau orang berdua. Aku dan Anne tak sepatutnya mencampuri urusan kau orang ni. Kami cuma boleh membantu untuk memudahkan kau orang menyelesaikan kes ni,” tutur Abang Que lembut kepada sahabatnya itu. Ah, semakin bingung aku dibuatnya. Hal apa ni? Soal hatiku lagi. Adakah Shazzy hendak melamarku tetapi malu hendak bersuara? Tak mungkin, sebab Shazzy seorang yang suka berterus-terang dan tak pernah ada rasa malu.
Terasa seluruh tangan dan kakiku menggeletar. Telapak kakiku terasa kebas kesejukan. Perasaanku pula, tak perlu cakaplah. Bercampur-baur

            Pandanganku beralih ke arah Shazzy yang berada di hadapanku. Dia masih seperti tadi. Terkebil-kebil matanya menahan perasaan. Dia masih kelihatan seperti tadi. Abang Que memaut bahunya, lalu menepuk-nepuk sebagai pemberi semangat. Manakala Farhana pula mencapai telapak tanganku, lalu diramasnya. Serasakan tanganku yang kedinginan ketika itu menjadi sedikit hangat dengan genggaman itu.
            “Shaz, cakaplah. Kau tak perlu takut. Kalau kau terus berdiam macam ni, sampai bila-bila pun hal ni takkan selesai.  Aween kena tahu. Kalau bukan sekarang sekalipun, lambat-laun dia tetap akan tahu jugak tentang hal kau ni. Rasanya lebih baik kau cakap sekarang. Sementara masih belum jauh ni, adalah lebih baik untuk kau beritahu dia. Aku takut nanti keadaan akan menjadi bertambah parah. Cakaplah, Shaz,” Abang Que memujuk Shazzy. Seketika, pandangan mata Abang Que beralih semula ke arahku.
            “Aween, kami harap Aween bawa bersabar. Kuatkan iman dan semangat Aween dan cuba terima takdir ni dengan hati yang terbuka,” tutur Abang Que lembut. Ah, semakin kencang debaran hatiku ini. Adakah Shazzy ingin mengakhiri hubungan ini?

            Shazzy tertunduk. Abang Que masih memaut bahunya erat. Seketika dia meramas-ramas bahu sahabatnya itu.
            “Shaz,” Abang Que bersuara perlahan. Mereka berpandangan. Seketika kemudian, pandangan Shazzy beralih semula ke arahku. Dia menghelakan nafasnya berat. Matanya dipejamnya rapat sebelum bibirnya mula menyusun kata-kata.
            “Aween,” katanya. Lembut intonasinya. Kelihatan bibirnya bergetaran. Aku memandangnya dalam keadaan yang berkecamuk. Masih sabar menunggu tutur kata seterusnya. “Maafkan Shaz. Bukan niat Shaz selama ni untuk melukakan Aween. Tapi…” kata-katanya tergantung di situ. Namun aku dapat merasakan kelainan pada tutur katanya kali ini.
            “Apa semua ni, Shaz? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?” soalku perlahan, cuba mengawal kocakan emosi yang melanda.
            “Shaz sayangkan Aween. Shaz sayang sangat kat Aween. I really do love you,” ucapnya penuh sayu.
            I tak mahu dengar semua tu, Shaz. I cuma nak tahu kenapa I dibawa ke sini? Apa yang you cuba nak sampaikan? That all!” tegasku. Genggaman tangan Farhana semakin kejap, menyuruhku agar mengawal perasaanku ketika itu.
            “Berterus-teranglah, Shaz. Jangan nak berselindung apa-apa. Please,” rayuku. Dia mengeluh lagi. Begitu berat. Seberat beban masalah yang ditanggunginya ketika ini.
            Aween, I… I… I’m married.” Aku kaget mendengar pengakuannya itu. Terasa kaku seluruh anggota badanku ini. Bagaikan melayang nyawaku ini dibawa pergi malaikat maut. Aku mulai menggigil. Habis menggeletar seluruh tubuhku. Apa benarkah dengan apa yang kudengarkan ini? Shaz, tolonglah bercakap benar, Shaz. Jangan tipu I. Please, Shaz. Katakanlah yang itu semua tipu belaka, please… Kata-kata itu hanya mampu bergema di hatiku.
            You lie!” herdikku separuh menjerit. Dia mulai tak tentu arah. Masih tergambar rasa ketakutan di wajahnya. Bibirnya turut pucat dan menggeletar.
            I tak bohong, sayang. I’m so sorry, dear. I did’t mean to hurt you. I terpaksa, sayang. I terpaksa bernikah. But, trust me. I don’t love her at all…
            Shut up!” Pantas Farhana memaut tubuhku, mengisyaratkan agar aku bertenang dan cuba menyedarkanku bahawa kami sedang berada di tempat awam.

            Aku beristighfar berkali-kali. Kuurut dadaku yang tadinya berombak kencang. Kepalaku yang ketika itu kian memberat turut kuusap lembut. Sesungguhnya pengakuan Shazzy itu tadi benar-benar merobek perasaanku. Tanpa dipinta, aku terus mencapai beg tanganku dan terus bangun. Sebaik aku hendak melangkah pergi, dia turut bangkit lantas memegang kejap kedua belah lenganku.
            “Sayang, please wait. Let me explain to you,” pujuknya. Segera kutempis tanganya kasar.
            Don’t touch me!” kataku dalam nada yang sebak. Namun airmataku masih juga tidak mahu keluar. Terasa keringnya kelopak mata ini.
            “Sayang, please,” rayunya lagi seraya memegang erat bahuku. Dan aku terus merentap kuat. Serasakan dirinya tak layak untuk memegangku.
            Let me go, damn you idiot!” jerkahku. Semua mata mulai tertumpu ke arah kami. Aku tidak peduli kepada mata-mata yang memandang. Rasa malu sudah ditenggelami dengan rasa sedih, kecewa, marah dan pelbagai lagi. Pegangannya masih kejap.
“Lepaskan I!” Dan dengan spontan, sebiji penumbuk kuhayunkan ke pipinya. Aku hanya tersedar dan tergamam apabila tangaku sendiri terasa sengal dan berdenyut-denyut akibat dari tumbukan padu yang mengenai wajah kacaknya itu. Kali ini, barulah pautan tangannya di bahuku terlepas. Wajahnya terpaling ke tepi. Cermin mata yang tersangku di atas kepalanya turut tercampak ke bawah. Aku mendesis kesakitan sambil menggoncang-goncang tanganku menahan sakit. Di kala itu juga setitis airmata yang tadinya begitu degil mulai mengalir menerjuni pipiku. Menangis bukan kerana kecewa, tetapi kerana sakit. Sakit tangan, sakit hati, sakit dada, sakit kepala, segala-galanya sakit.

            Dia mengusap pipinya berkali-kali. Kulihat airmatanya turut bertakung di tubir matanya. Ah, tak sanggup rasanya hendak menghadap mukanya lagi. Harapkan muka aja kacak, tetapi penipu! Pantas aku berlari meninggalkannya. Di kala itu juga kedengaran namaku dipanggilnya berkali-kali.
            “Sayang, please come back. We need to talk,” jeritnya. Namun aku tetap meneruskan langkahku. Sesungguhnya tak ada apa lagi yang harus kudengar darinya. Tak perlu untuk dia menerangkan apa-apa kepadaku. Dia sudah berkahwin. Sudah ada isteri. Sudah ada tanggungjawab. Secara tak langsung, ikatan antara aku dan dia sudah terurai. Antara aku dan dia sudah tak ada apa-apa lagi. Jadi tak perlu lagi untuk kami berbincangkan. Tak perlu lagi untuk kami fikirkan tentang hubungan cinta yang kami tersimpul selama dua tahun lebih ini. Malah tak perlu lagi kami memikirkan masa depan yang hanya menjadi impian kami suatu ketika dulu. Tak perlu lagi semua itu. Tak perlu!

*****

DALAM kereta, aku menangis teresak-esak. Farhana yang begitu tenang memandu di sebelah turut kelihatan hiba. Seketika aku menggelengkan wajah dan tertunduk. Kuusap dahiku lembut. Sudah berkali-kali aku menarik tisu di atas dashboard untuk mengelap airmata yang kian galak merembes.
            “Sabarlah, Ween. Ini semua dugaan. Aku pun sama sekali tak menyangka ini semua boleh berlaku ke atas kau dan Shaz,” ucapnya lembut.
            “Sudah! Jangan kau sebutkan lagi nama tu. Aku benci mendengarnya. Aku benci! Benci! Benci…!” jeritku dengan penuh perasaan. Nyaring memenuhi ruang kereta itu.

            Melihat aku begitu, pantas Farhana memberhentikan keretanya di bahu jalan. Seketika dia menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Bahuku diusapnya berkali-kali bagi meredakan gelodak perasaanku yang kian menggila itu. Aku menangis mengongoi dalam pelukan sahabatku itu.
            “Anne, aku tak percaya semua ni, Anne. Aku tak percaya semua ni boleh berlaku. Kenapa dia sanggup melukakan perasaan aku? Sampai hati dia, Anne. Sampai hati dia…”
            “Sabar, Aween. Banyakkan mengucap. Walau apapun, kau mesti terima hakikat ni. Aku tahu, kau terlalu sayang dan cintakan dia. Tapi, dah tertulis yang dia tu bukan jodoh kau. Kau harus terima takdir ni dengan redha, Ween. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni, kita tak tahu. Bersabarlah, Ween,” pujuknya bersungguh. Aku masih teresak-esak di dadanya.
            “Apa lebihnya perempuan tu, Anne. Dan apa kurangnya aku? Kenapa dia langsung tak hargai hubungan yang dah terjalin selama dua tahun lebih ni? Kenapa dia langsung tak mahu hargai kasih suci aku kepadanya? Adakah kerana aku ni hidup serba kekurangan, tak berharta mewah sepertinya, maka sebab itu dia tinggalkan aku dan memilih perempuan tu?” luahku sayu.
            “Jangan cakap macam tu, Aween. Aku yakin bukan kerana itu maka Shazzy terus meninggalkan kau. Kalau betul pun kerana harta, mungkin orang tuanya, tapi bukannya dia. Kalau dia tu seorang yang pandang pada harta dan darjat seseorang, dia takkan menagih cinta kau dulu, Ween. Dan hubungan kau orang takkan bertahan lama seperti ini. Aween, aku yakin semua ni ada hikmahnya. Allah dah tentukan jodoh seseorang sejak azali lagi. Kalau dia bukan jodoh kau, mungkin dia bukan yang terbaik buat kau. Kau seorang yang baik, Ween. Aku pasti, orang yang baik, pasangannya tentu dari golongan yang baik jugak. Percayalah cakap aku, Aween,” begitu panjang sekali nasihatnya kepadaku.

            Suasana menjadi hening seketika. Farhana terus terdiam tanpa suara dan membiarkan aku menangis sepuas-puasnya di dalam dakapannya.
            “Betul ke dia dah kahwin, Anne?” soalku tiba-tiba memecah kesunyian malam itu. Aku masih tidak percaya dengan pengakuan yang dibuat Shazzy sebentar tadi. Farhana membisu. Rambutku diusapnya lembut.
            “Kalau betul dia dah kahwin, siapa isterinya, Anne?” soalku lagi. Farhana masih membatu tanpa suara.
            Come on, Anne. Say something,” pintaku.
            “Aku tak tahu, Ween. Aku tak kenal pun siapa isterinya itu. Tapi menurut Abang Que, budak perempuan tu kawan lamanya dan dia juga salah seorang dari ahli KKM. Aween, daripada apa yang aku dengar dari Abang Que siang tadi, memang salah Shazzy. Memang salah dia semua ini berlaku. Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Kalau dia tak ke rumah perempuan tu, tentu perkara ini takkan berlaku. Tapi, apa boleh buat. Semuanya dah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Menyesal seribu kali pun tak guna. Semuanya dah tersurat,” tutur Farhana perlahan.

            Aku membisu. Dari kisah yang diceritakan oleh Farhana itu, aku bagaikan sudah dapat mengagak, siapa gerangan perempuan yang telah berjaya menakluki Shazzy secara keseluruhannya itu.
            “Tapi baguslah kau orang tak jadi bersama. Sekurang-kurangnya, dengan apa yang telah berlaku ni, kau dah dapat tahu siapa Shazzy sebenarnya. Maka syukurlah kau orang ditakdirkan berpisah sekarang ni,” pujuk Farhana lagi. Aku yang masih menyembamkan wajah ke dadanya hanya terdiam kaku.

            Tidak lama kemudian, aku mengangkat semula wajahku. Kutatap wajah Farhana dengan pandangan yang sayu. Jelas terpancar rasa hiba pada wajah bujur sireh di hadapanku itu.
            “Anne,” ujarku perlahan. Lantas kugenggam telapak tangannya erat. Dia turut membalas genggaman tanganku itu.
            “Kau boleh tolong aku tak?” soalku perlahan. Dadaku masih terhenjut-henjut menahan sebak.
            “Tolong apa?”