Sunday, 10 April 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 20)

SUDAH hampir dua minggu, hubunganku dan Shazzy berjalan lancar seperti biasa. Aku cukup gembira, malah rasa lebih bahagia dengan perubahan sikapnya itu. Dia benar-benar telah berubah. Hubungan persahabatan antara aku dan Azhari juga tidak terjejas. Malah, setiap kali aku hendak keluar berjumpa Azhari, tanpa rasa ragu aku akan memberitahu Shazzy terlebih dahulu. Ternyata dia tidak kisah dengan siapa aku berjumpa kali ini.

            “Baguslah, kau dengan Shazzy dah berbaik semula. Kau ni terlalu baik sangatlah, Aween. Kalau si Shazzy tu tak menghargai kasih sayang kau kali ni, hmm… tak tahulah nak kata apa lagi,” tutur Farhana. Aku hanya tersenyum sambil mulutku begitu lahap menjamah nasi kandar yang terhidang di hadapanku.
            So, apa cerita pulak kau dengan Azhari?” soalnya. Aku mengangkat sebelah keningku. “Okey, semuanya  berjalan dengan begitu baik sekali,” jawabku bersahaja.
“Shaz tahu kau berkawan rapat dengan Azhari?” soalnya lagi. Aku mengangguk.
            “Tahu.”
            “Habis tu, dia tak marah ke?” Farhana bertanya lagi. Aku menggeleng.
            Kan aku dah cakap, yang dia dah berjanji takkan menghalang aku dari berkawan dengan sesiapa pun,” ujarku.
            “Dia tahu tak, pasal cerita kau dengan Azhari dulu?” soalnya lagi. Aku menggeleng laju.
            “Tak. Dia tak perlu tahu. Pada aku dan Ari, yang lepas tu biarkan lepas. Kami dah janji nak tutup buku. Tak mahu ungkit lagi cerita lama tu. Dan kami sekarang ni lebih selesa dengan hubungan kami sebagai sahabat baik yang saling memahami,” jawabku penuh jujur. Farhana tersenyum.
            That’s good. Tapi, kau betul-betul sure ke yang si Shazzy tu boleh terima semua ni? I don’t think so, dengan semudah ini dia boleh berdiam diri,” Farhana bersuara lagi.
            I know it’s hard for him, Anne. Walau macam mana sekalipun, dia harus cuba terima semua ni. Dia tak boleh nak bantah. Kalau tidak, dia akan kehilangan aku. Biarlah dia. InsyaAllah, lama-lama nanti dia okeylah tu,” jawabku yakin.

            Farhana terdiam. Seketika dia menjungkitkan bahunya sambil menjamah mi goreng mamaknya.
            “Aku tengah keliru sekarang ni, Anne,” luahku tanpa dipinta. Dia memandangku pelik. “Keliru pasal apa pulak ni?” soal Farhana dalam nada mengeluh. Aku menghelakan nafas berat. “Pasal Azhari,” kataku. Semakin berkerut dahi Farhana merenungku.
            “Kenapa pulak dengan mamat tu?” Aku mengeluh lagi seraya menggelengkan kepala. “Aku tengok, dia tu macam masih mengharap sangat kat aku. Aku serba salah sekarang ni. Kalau kau nak tahu, dia dengan mak dia cukup baik sangat semasa aku berada di kampungnya dulu. Selama seminggu aku tinggal di rumahnya, banyak perkara yang dah aku selami tentang dirinya. Dia masih setia menungguku, Anne. Walhal dia dah tersedia maklum yang aku sudah berteman lelaki,” ceritaku.

            Farhana menghentikan suapannya lantas memandang tepat ke anak mataku. Lama dia begitu. Aku pula bagaikan sedang kebingungan.
            “Hmm… susah jugak kalau jadi gadis rebutan ni, ya? Nasib baiklah Allah tak kurniakan aku rupa yang cantik macam kau ni,” selorohnya. Aku mencebik. Ke situ pulak minah ni! “Tak baik kau cakap macam tu, tau! Tapi entahlah, Anne. Aku pun tak sangka yang aku akan hadapi semua ni. Hairan aku. Dulu, masa aku masih di bangku sekolah, sebelah mata pun orang tak pandang kat aku ni. Kiranya aku ni tak ada taste langsunglah pada dia orang,” luahku lagi.
            “Janganlah cakap macam tu, Ween. Sadis aku mendengarnya. Kau sebenarnya tak kekurangan apa-apa, Ween. Pada aku, kau ni dah cukup semuanya. Baik, bijak, rupa pun cantik. Pendek kata kau memiliki pakej yang lengkap. So, apa lagi yang tak cukupnya?” tutur Farhana memujiku. Aku tersenyum malu bila dipuji sebegitu.       
“Soalnya sekarang ni Anne, aku shock, kau tahu tak! Dah terkena kejutan. Sebelum ni, aku tak pernah rasa benda-benda macam ni. Tapi semenjak aku tamat alam sekolah, mula belajar kat kolej, universiti, tiba-tiba aja saham aku naik melambung. Kalau kau berada kat tempat aku sekarang ni, apa kau rasa? Satu kejutan budaya, kan?” kuhamburkan lagi apa yang terbuku di hati. Sesungguhnya, Farhana memang seorang kawan yang baik. Selama ini, dialah yang menjadi tempat untuk aku meluahkan segala masalah yang melanda.
“Dulu kau sendiri yang cakap kat aku yang kau tu dulu ‘lone ranger’ masa kat sekolah. Agaknya kawan-kawan sekolah kau dulu tak sedar keistimewaan yang ada pada kau sebab kau tu low profile sangat. Tak menonjol. Mungkin kelebihan kau tu lebih menyerlah bila kau dah mula melanjutkan pengajian kau ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah sekarang. Nah, tengoklah sekarang ni. Masih ramai lagi yang terkejar-kejarkan kau. Biasalah tu, Aween. Manusia, Allah cipta dengan pelbagai ragam dan citarasa.” Begitu panjang sekali Farhana menasihatiku. Aku ketawa kecil.
            “Tapi aku keciklah, Anne. Macam kanak-kanak ribena. Macam manalah orang boleh pandang aku?” aku merendah diri.
            “Hei, kecik-kecik pun, tapi cute. Badan pun solid. Sedap! Nikmat laki kau esok,” sendanya nakal. Aku membuntangkan mata.
            “Kurang asamnya kau!” bentakku perlahan. Dia ketawa.
            “Senang cerita, kau lupakan si Shazzy dengan Azhari. Beri peluang pada mamat-mamat yang masih mengharapkan kau masa kat U dulu,” ujar Farhana tiba-tiba. Aku menjengkilkan mataku sebaik mendengar kelancangan mulutnya itu. Namun aku tahu, dia hanya berniat untuk bergurau.
            “Amboi, senangnya cakap!” marahku. Dia ketawa lagi.

Memang tidak dapat kunafikan, baik ketika di kolej, mahupun di universiti dulu, aku ini boleh diketegorikan sebagai ‘gadis buruan’ pelajar-pelajar lelaki. Bukan aku hendak membangga diri, tetapi itulah hakikatnya. Sesungguhnya, aku agak terkejut dengan situasi yang melanda secara tiba-tiba ini. Yalah, bayangkan sewaktu di bangku sekolah dulu, tak pernah ada orang yang datang mendekati aku. Sampaikan aku rasa cemburu yang teramat melihat rakan-rakanku yang lain yang sudah memiliki teman lelaki. Sedangkan aku masih lagi keseorangan.

Dan sebaik aku menjejakkan kaki ke menara gading, ramai pula jejaka yang ingin mendekatiku. Malah, ada juga yang cuba menagih cinta dariku. Sampai pada satu tahap, aku berasa takut untuk menjawab panggilan telefon saban hari kerana sering diganggu oleh panggilan-panggilan misteri. Ketika itu aku masih lagi berada di peringkat diploma dan baru sahaja berpindah dari kolej swasta ke universiti awam. Namun aku bersyukur kerana itu semua tidak menjejaskan langsung prestasiku dalam bidang akedemik. Dan keadaan telah menjadi sedikit reda apabila aku mulai menjalinkan hubungan cinta dengan Shazzy sewaktu aku baru hendak memulakan pengajianku di peringkat ijazah.
“Terpulanglah, Ween. Kau kan bijak? Pandai-pandai kaulah buat keputusan sendiri. Ini masa depan kau. Kau yang harus tentukan sendiri. Kita ni dah cukup dewasa, dah boleh berfikir baik dan buruknya sesuatu perkara tu,” nasihatnya lagi. Aku mengagguk lemah. Huh, cakap memanglah senang!
“Sebenarnya Aween, ada sesuatu yang aku nak beritahu tentang apa yang aku perhatikan selama ni. Tapi, kau jangan bersangka buruk pulak. Aku cuma nak mengingatkan kau aje,” kata Farhana tiba-tiba. Aku memandangnya dengan pandangan yang berkerut. Apa maksudnya itu?
“Apa bendanya?” soalku.
            “Aku tengok, si Shazzy tu dah lain sangat sekarang ni. Macam tengah hadapi masalah besar. Kau tak perasan ke?” soal Farhana. Aku mengerutkan dahi. Keliru. Lantas kugelengkan kepala.
            “Masalah besar?” soalku kembali. Farhana mengangguk.
            “Aku dengan Kimi ada ke gymnya hari tu. Masa tu, kau masih bercuti. Aku tengok dia lain benar. Dia pandang kita orang pun semacam aje,” cerita Farhana. Aku mengerutkan dahi lagi.
            “Kau ke sana dengan Kimi? Buat apa?” soalku kehairanan. Sejak bila pulak Farhana dah mula ‘kamcing’ dengan Hakimi?
            “Saja, nak exercise.”
            “Kau dengan Kimi ni ada apa-apa ke?” soalku terus tanpa berselindung. Farhana menggeleng bersama kerutan di dahi. Wajahnya tampak berbeza. Ada rona kemerahan, seperti menahan malu. Ini mesti ada sesuatu yang cuba diselindung dari pengetahuanku. Seketika bibirku turut mengukirkan senyuman meleret.
            “Haa… ni mesti ada apa-apa yang kau orang nak sorokkan dari aku ni,” ujarku cuba memerangkap.
            “Tak apa-apalah!” tegasnya. Namun dia kelahatan agak menggelabah. Ah, aku tak percaya. Lantas kucapai tangannya lalu kugenggam kuat, tak mahu lepas.
            “Baik kau cakap. Apa hubungan kau dengan Kimi?” ugutku. Dia merentap tangannya. “Weh, janganlah picit tangan aku macam ni, sakitlah!” jerkahnya.
            “Cakaplah Anne, apa hubungan kau dengan Kimi?” soalku lagi ingin tahu.
            Nothing!
            “Tipu! Aku kenal kau, Anne. Kau tak pandai menipu. Come on, Anne… tell me, please…” rayuku.
            “Hei, sabarlah. Relax. Cool, beb! Okeylah, aku beritahu. Actually, aku couple dengan Kimi. Puas?” dia mulai membuat pengakuan. Melopong mulutku memandangnya.
            “Kau biar betul, Anne. Since when?” soalku lagi.
            “Baru aja lagi, tak sampai sebulan pun.”
            “Ooo… diam-diam kau orang pasang ya? Tak nak beritahu aku pun.” Aku mulai menarik muncung.
            “Bukan aku tak nak beritahu. Tapi, masa tukan kau tengah stress dengan kehilangan Shazzy? So, Kimi pesan supaya rahsiakan dulu dari pengetahuan kau. Dia tak mahu kau lebih terasa. Yalah, masa tukan kau tengah bermasalah. Dia takut kau lagi pressure,” terang Farhana satu-persatu.
           
            “Habis tu, macam mana pulak dengan Abang Dino?” soalku.
            Hello, Abang Dino tu cuma anggap aku ni sebagai adik dia ajalah. Kau orang yang melebih-lebih lagakan aku dengan dia. Padahal kita orang tak ada apapun!” sangkal Farhana. Aku tersenyum. Dalam hati aku turut tumpang bahagia melihat sahabat baikku ini telah bertemu dengan jejaka idamannya.
            “Hmm… baguslah, Anne. Kimi pun baik, caring, rupa pun ada. Aku tumpang gembira. Tahniah,” ucapku.
            Thanks.

            Aku masih ingat, bagaimana sikap Hakimi ketika berada di Air Terjun Jerangkang. Dia bukan sahaja baik, malah terlalu mengambil berat dan bertanggungjawab. Sememangnya Farhana beruntung memiliki jejaka seperti Hakimi.
“Memandangkan kau dengan dia dah berbaik semula sekarang ni, cubalah kau beri perhatian sepenuhnya kat dia. Dalam diam-diam, kau cuba selami apa yang terbuku kat hati dia tu. Lepas tu, try tanya apa masalah dia. Itu baru dinamakan girlfriend mithali,” ujar Farhana pula disertakan dengan gurauan. Kami ketawa serenta.
            “InsyaAllah, aku akan cuba. Buat masa ni, memang aku nak lakukan yang terbaik buatnya. Biar dia rasa betapa bertuahnya mendapat teman wanita mithali macam aku ni,” kataku pula, perasan sendiri. Dan sekali lagi tawa kami meletus.

*****

SELEPAS makan tengahari dengan Farhana, aku terus ke Mellenium Fitness Centre, tetapi ketika itu Shazzy tidak ada di pejabatnya kerana ada urusan di luar daerah. Entah mengapa, hatiku bagaikan dapat merasakan sesuatu yang kurang enak. Kata-kata Farhana sebentar tadi benar-benar membuatkan fikiranku agak terganggu. Aku menghampiri Fariz yang sedang kusyuk membaca komik Naruto di kaunter. Ketika itu, tiada seorang pun pelanggan yang kelihatan di sekitar gym itu.
            “Eh, err… Kak Azween.” Dia tampak terkejut dengan kehadiranku. Aku tersenyum melihat dia tak tentu arah sebegitu.
            “Sibuk?” sengaja aku menyoalnya. Sedangkan aku tahu dia tidak ada kerja. Dia menggeleng seraya menyimpan komiknya itu.
            “Abang Shaz tak ada, kak,” ucapnya. aku mengangguk.
            “Saya tahu, Fariz. Saya datang ni bukan nak jumpa dengan awak, bukan dengan Abang Shaz,” ujarku.
            “Kenapa, kak? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soalnya lembut. Aku tersenyum.
            “Saya nak tanya sesuatu,” ujarku lagi. Dia membeliakkan matanya.
            “Apa dia, kak?” soalnya.
            “Tapi, boleh awak janji yang awak takkan beritahu sesiapa? Lebih-lebih lagi Abang Shaz,” tegasku. Dalam keadaan teragak-agak, dia mengangguk kecil.
            “Janji dengan saya? Ini rahsia antara kita aja, tau!” tegasku lagi. Kali ini dia mengangguk laju.
            “Janji,” ujarnya. Aku tersenyum lega.

            Aku mengetapkan bibir, menahan emosiku yang bergelora sebelum mengutarakan soalan yang terpendam sejak dari tadi.
            “Semenjak Abang Shaz balik dari Jakarta, macam mana keadaan dirinya?” soalku terus. Anak muda itu mengerutkan dahi.
            “Maksud akak?”
            “Maksud akak, ada tak awak nampak sesuatu yang tak kena dengan bos awak tu? Dia nampak lain atau biasa aja macam selalu?” Fariz terdiam seketika lalu menggeleng perlahan.
            “Dia nampak biasa aja. Cuma sesekali bila fikirannya terganggu, dia akan duduk termenung. Kalau tak di biliknya, dia akan lepak kat bar sambil minum,” ujarnya. Aku masih tidak puas hati dengan penerangan anak muda itu. Matanya yang bundar itu kurenung sedalam-dalamnya, mencari keikhlasan di sebalik anak mata itu.
            “Tahu tak, apa yang membuatkan fikirannya terganggu?” soalku lagi. Dia menghelakan nafas berat.
“Saya tak pasti kak, tapi pada pemikiran saya tentu dia teringat kat akak. Sebab tu dia macam tu,” jawabnya lagi.
            “Betul?” soalku lagi, ingin mendapatkan jawapan yang pasti. Dia mengangguk perlahan. “Awak pasti yang dia tak ada masalah lain?” soalku buat kesekian kalinya. Dia menjungkitkan bahu.
            “Saya tak pasti. Kenapa akak tak tanya dia sendiri?” soal Fariz kembali kepadaku. Aku menggelengkan kepala.
            “Takut nanti dia tak mahu beritahu saya. Saya tak mahu dia merahsiakan apa-apa dari pengetahuan saya,” jawabku berterus-terang. Dia mengangguk.
            “Tak apalah, Fariz. Terima kasih,” ucapku dan terus berlalu pergi.

            Namun sebaik kakiku mulai hendak melangkah, anak muda itu memanggilku semula. “Err… Kak Azween!” Segera kutoleh semula memandangnya.
            “Ya, ada apa lagi, Fariz?” soalku. Raut wajahnya agak berlainan sekali ketika itu. Tampak seperti rasa bersalah. Aku dapat mengagak, yang dia ingin memberitahuku sesuatu. Tetapi mulutnya seakan berat untuk berkata-kata.
            “Err… tak, tak ada apa-apa. Cuma saya nak beritahu akak yang pernah sekali seorang perempuan datang dan naik ke atas bertemu abang. Saya tak kenal siapa perempuan tu dan tak tahu apa hubungannya dengan abang,” katanya agak terketar-ketar. Aku mengerutkan dahi. Siapa pulak tu? Adakah dia ke tingkat atas untuk berurusan kerja dengan Shazzy?
            “Macam mana rupanya, Fariz?” soalku berkobar-kobar. Hatiku berdetak hebat, begitu kencang sekali.
            “Rupa dia, seakan-akan India macam tulah, berkulit cerah. Tak tahulah saya kalau itu adik perempuan abang atau kakaknya. Saya tak berani nak buat sebarang andaian,” tuturnya perlahan. Fikiranku mulai ligat memikirkan siapakah gerangan gadis yang dimaksudkannya itu. Kak Lyn ke? Mungkin juga kerana Shazzy tak ada adik perempuan. aku musykil, kerana selama ini tak pernah aku terserempak dengan Kak Lyn di sini. Namun tak mustahil Kak Lyn ke sini untuk bertemu Shazzy, bukan? Aku bermonolog sendiri di dalam hati.
            “Hmm… mungkin jugak kakak dia. Tak apalah, Riz. Terima kasih,” ucapku.
            “Tapi, akak jangan beritahu abang yang saya cakapkan hal ni. Nanti dia marahkan saya pulak,” pesan Fariz. Aku tersenyum seraya mengangguk.
            Don’t worry. Saya takkan beritahu dia apa-apa. Awak pun, jangan beritahu dia yang saya bertanyakan hal ni, tau,” pesanku pula. Dia mengangguk laju. Aku tersenyum ke arahnya dan meneruskan langkahku keluar dari situ.

Sunday, 6 March 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 19)

FIKIRANKU agak terganggu setelah sampai di Kuala Lumpur sejak petang tadi. Esok, aku akan memulakan kehidupan lamaku semula di kota metropolitan ini. Tiada lagi suasana desa yang mendamaikan. Tiada lagi bendang yang hijau, luas terbentang. Tiada lagi udara bersih yang menyamankan. Tiada lagi air perigi yang dingin lagi menyegarkan. Malah tiada lagi wajah ibu yang sejuk bak salju dan sentiasa ceria diwarnai dengan kasih dan sayang.

            Yang ada hanyalah hutan-hutan konkrit, bunyi bising kenderaan-kenderaan, udara yang tercemar. Dan yang paling membuatkan aku lebih kusut, sebaik teringatkan masalahku dengan Shazzy yang masih belum selesai lagi. Apa yang membuatkan aku lebih tertekan ialah aku tidak tahu apa punca masalah kami sehingga dia menghilang begitu lama.

            Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata, memikirkan bagaimana aku akan memulakan hariku pada keesokan hari dan juga pada hari-hari yang seterusnya. Persoalan yang begitu menghantui fikiranku, adakah Shazzy masih lagi dengan sikap diam dirinya? Kalaulah dia tetap tidak muncul-muncul dan menjelaskan segala-galanya, aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Fikiranku sudah buntu untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kami.
           
            Sudah hampir dua bulan Shazzy menghilangkan diri. Selama itu jugalah hidupku tak tentu arah. Sehinggalah Azhari hadir. Dialah yang membawaku keluar dari kemelut ini buat seketika dengan mengajakku pulang ke kampungnya.

*****

PADA KEESOKAN PAGINYA, aku bangun awal seperti biasa dan menyediakan sarapan pagi untuk ayah. Sebaik langsir tingkap kuselak, aku agak kaget melihat sebuah Produa Myvi berwarna kelabu kecoklatan yang terpakir di hadapan pintu pagar rumahku. Dalam hati aku bertanya, siapakah tuan punya kereta ini? Kenapa dia memakirkan keretanya di hadapan rumahku? Bukankah nanti akan menghalang ayah untuk keluar? Ketika itu, telingaku dapat menangkap bunyi derapan kaki menuruni anak tangga. Segera kutoleh. Ayah dengan wajah tenangnya menuju ke meja makan bersama blazer dan briefcase di tangannya.
            “Ayah, siapa punya Myvi tu?” soalku. Ayah tersenyum. Aku mengerutkan dahi melihat ayah tersenyum tanpa menjawab soalanku.
            “Kenapa ayah senyum?” soalku.
            “Aween suka tak kereta tu?” soal ayah. Semakin keliru aku dibuatnya.
            “Kenapa pulak, ayah?” soalku lagi.
            Surprise…” ucap ayah. Aku terkedu.
            Surprise?” soalku. Apa maksud ayah? Adakah kereta itu….
            “Sebenarnya, kereta tu ayah beli untuk kegunaan Aween,” ucap ayah. Aku terkesima. Ah, biar betul?
            “Ayah bergurau ke ni?” soalku seakan tidak percaya. Ayah menggeleng.
            “Siapa kata ayah gurau? Betul, kereta tu Aween punya. Baru malam tadi sampai. Ayah ketuk bilik Aween tapi senyap aja. Ayah ingat Aween dah tidur. So ayah tak mahu kacaulah. Baru lagi tu. Plastik kusyen pun tak bukak lagi. Lepas ni, kalau Aween nak ke mana-mana, tak payah naik teksi. Lagipun, naik teksi sekarang ni bahaya,” ucap ayah lagi bersungguh.
           
            Aku terdiam, tak terkata. Lidahku menjadi kelu. Terkejut, memang terkejut. Selama ini, tak terlintas di fikiranku yang ayah akan memberi sebiji kereta untukku. Pantas aku berlari mendapatkan ayah. Tubuh ayah kupeluk erat. Pipi ayah turut kucium bertalu-talu. “Thank you, ayah. Thank you, thank you, thank…you! Thank you so much.” Hanya itu yang mampu kuucapkan. Ayah ketawa. Gembira melihat responku yang begitu menghargai pemberiannya.
            You’re welcome, sayang. Tapi, Aween kena janji dengan ayah,” ucapnya.
            “Janji apa, ayah?” soalku.
            “Janji yang Aween tidak menyalahgunakan kereta tu. Ayah beli untuk kemudahan Aween. Jangan pulak guna untuk benda lain, pergi ke tempat yang bukan-bukan,” pesan ayah. “Hisy, ayah ni. Dah berapa lama ayah kenal Aween? Aween mana gemar pergi tempat-tempat yang tak elok,” ucapku.
            Hmm… good. That’s my girl. Dahlah, jom kita sarapan sekali.” Rangkulan kulepaskan. Buat kesekian kalinya pipi ayah kukucup dan ucapan terima kasih terbit lagi di bibirku.

            Pagi itu, buat pertama kalinya aku meronda-ronda sekitar ibukota dengan menggunakan keretaku sendiri. Berbunga perasaanku ketika ini sambil menghayati lagu-lagu yang kupasang di CD player. Rasa bangga kerana telah memiliki kenderaan sendiri, memudahkanku untuk kemana-mana. Entah mengapa, sedang aku leka dengan duniaku sendiri tiba-tiba hatiku tergerak hendak ke satu tempat. Rasa rinduku terhadap seseorang telah membuatkan aku terus memandu ke satu destinasi yang tidak asing lagi bagiku, Namun, perasaanku yang merasa asing untuk ke sana.

            Tiba di Damansara Utama, aku cuba mencari tempat untuk meletakkan keretaku. Sambil itu, mataku turut melilau, manalah tahu kereta Shazzy ada terpakir di situ. Aku terpana seketika sebaik terlihat Gen-2 miliknya terpakir di hadapan Millennium Fitness Centre.  Shazzy ada di sini! 

            “Eh, Kak Azween! Lama tak nampak?” soalnya Fariz sebaik aku menjejakkan kaki di gym tersebut. Aku tersenyum ke arahnya.
            “Saya tak ada kat sini,” jawabku.
            “Akak ke mana? Bercuti?” aku mengangguk.
            “Hmm… ikut kawan balik kampung. Err… Abang Shaz ada?” soalku pura-pura.
            Ada kat atas tu. Dia pun baru beberapa hari masuk kerja. Dia ada jugak tanyakan akak,” jawab Fariz. Hatiku berbunga mekar.
            “Dia tanya apa?”
            “Dia tanya, akak ada datang sini cari dia atau tidak,” terang anak muda itu lagi. Aku terkedu. Takkan itu sahaja yang dia tanya tentang aku?
            “Itu aja? Lain?” soalku lagi. Fariz menggeleng.
            “Dia ada cakap tak, ke mana dia pergi selama ni?” Fariz menggeleng lagi dengan pertanyaanku itu.

            Terasa berat kakiku untuk naik ke pejabatnya. Hatiku berbelah bahagi. Bagaimanalah penerimaannya nanti? Rindu? Adakah dia merinduiku? Ah, entahlah. Aku sendiri tak pasti sama ada dia rindukan aku ataupun tidak. Bagaimana pula denganku? Adakah aku begitu merinduinya? Selama berada di kampung Azhari di Kedah, aku langsung tidak mengingatinya. Jauh sekali hendak memikirkan tentang dirinya. Ada ketikanya aku teringatkan dirinya, tetapi tidaklah keterlaluan. Hanya seimbas lalu sahaja fikiranku terkenangkan dirinya di sana.
           
“Azween.” Dan tiba-tiba gegendang telingaku menangkap suara itu memanggil namaku dari arah tangga. Aku terkaku. Lidahku seakan kelu untuk berbicara. Hatiku berbelah-bahagi, sama ada hendak menoleh ataupun tidak. Dalam keadaan yang gugup, aku memusingkan tubuhku mengadapnya yang sedang berdiri tegak di anak tangga. Di kala itu juga, mata kami saling bertemu. Aku agak kalut.
“Hai, sayang!” ucapnya perlahan. Aku masih terdiam terkaku. Sudah lama kami tidak bersua, tentunya masing-masing bagaikan tergamam dengan pertemuaan yang tak terduga ini. Dadaku berdegup kencang. Semakin kencang apabila Shazzy menghampiriku. Bahuku dipautnya perlahan.
“Jom kita naik atas, ke office I,” bisiknya. Bagaikan terpukau, aku mengikuti langkahnya. Lengannya masih setia memaut bahuku dan kami menaiki tangga seiring.

You ke mana selama ni, Shaz?” soalku agak keras sebaik tiba di bilik pejabatnya.
You pun ke mana? Ayah you kata dah seminggu you tak ada kat sini,” ujarnya pula. “I tanya you dulu!” Dia merenungku lalu menghelakan nafas berat.
Aween, I’m sorry,” ucapnya penuh syahdu.
I tanya ke mana you selama ni,” tekanku lagi. Dia terdiam lagi.
I ke Jakarta,” ucapnya ringkas.
What? Jakarta? You buat apa lama-lama kat sana? Kenapa tak beritahu I yang you ke tanah seberang?”
I melawat ahli keluarga di sana.”
I see. I tak tahu pulak yang you ada keluarga di sana? You tak pernah pun cerita pada I?” Aku masih tak puas hati dengan penerangannya itu.
“Memang I tak pernah cerita yang I ada aunty tinggal di sana. Lagipun, tak penting sebab I tak rapat dengan mereka. Kami ke sana pun sebab mama nak sangat ke sana untuk melawat kakaknya.”
“Habis tu kenapa tak inform I? You boleh telefon atau mesej I dari sana, kan?” Diam lagi.

“Dah empat hari I balik sini. You tahu tak, bila I balik aja kat sini, youlah orang yang pertama yang I nak jumpa. Tapi I kecewa sebab you tak ada. I tanya Farhana, ke mana you tapi dia pun tak tahu. I really miss you, sayang,” ucapnya lalu mencapai kedua belah tanganku. Aku menelan air liur. Seolah menelan segala kata-katanya itu. Benarkah dia merinduiku selama ini? Di kala itu, terbit rasa kasihan terhadap dirinya sedikit demi sedikit. Aku begitu seronok bersama Azhari di sana, sedangkan dia di sini menanggung rindu yang amat berat setelah sebulan lebih berada di negara jiran. Rasa bersalah terus menyelinap ke dalam sanubari ini.
You cari I empat hari. I cari you sebulan lebih!” Ah, susahnya hatiku ini hendak mengalah!
Please, sayang. Maafkan I sebab tak beritahu you dan biarkan you tercari-cari I di sini,” ucapnya. Aku mengeluh berat.
“Kenapa you buat I macam ni, Shaz? You tahu tak, selama you menghilang ni, I tak tentu arah? Hidup I tak tentu arah, you tahu tak? Sampai hati you buat I macam ni,” ucapku sayu.
I minta maaf,” ucapnya lagi. Aku menarik nafas dalam. Perlukah aku memaafkannya? Perlukah? Bukan mudah untuk aku memaafkannya setelah apa yang dia lakukan terhadapku selama beberapa minggu ini. Satu keluhan kulepaskan lagi bersama senyuman sinis.
“Senangnya you cakap, Shaz? You ingat dengan begitu mudah sekali I dapat lupakan segala apa yang dah you lakukan selama sebulan ni? Selama sebulan you menghilang, tanpa khabar berita. You buat I ni macam orang tak ada perasaan kat sini, menunggu kepulangan you. And then you nak I lupakannya dalam sekelip mata aja? Tak semudah itu, Shaz!” ucapku tegas. Sengaja aku ingin bermain tarik tali dengannya, melihat sejauh mana kesungguhan hatinya memujukku.

Dia mengeluh lagi. Berat kedengarannya. Dan tanpa diduga, dia melepaskan kedua tanganku lalu memegang kedua belah bahuku. Kejap sekali pegangannya. Sesekali diramasnya mesra. Aku tergamam dengan tindakan drastiknya itu. Rasa mahu meloloskan diri dari pegangannya itu.
“Sayang, please. Jangan macam ni…” rayunya. Aku merenung Shazzy dengan pandangan mata yang tajam. Seketika aku tersenyum.
I boleh maafkan you, Shaz. Tapi, dengan satu syarat,” ujarku tegas. Kali ini, dia mengangkat wajahnya memandangku.
What?” soalnya. Aku tersenyum sinis. Tak sabar nampak?
I nak you berubah. Buang segala sifat cemburu you tu. You tahu kan, cemburu tu satu hasutan syaitan laknat? You mudah terpedaya dengan hasutan mereka. Bila kita bertelagah, tak bertegur sapa, mereka bersorak gembira. Bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka melagakan cucu-cucu Adam,” aku mulai berceramah.
“Dan lagi satu, I ada hak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, Shaz. Tak kiralah lelaki atau perempuan. You tak ada hak untuk menghalang I. Apa yang I nak, you akan sentiasa tanamkan rasa yakin dengan kesetiaan cinta I ni ke dalam hati you tu. Dengan cara tu, I yakin you mampu mengatasi perasaan cemburu you tu. Even I berkawan dengan sesiapa pun, you tetap di hati I sampai bila-bila. Tapi you janji jangan buat perangai lagi. Once you ulangi lagi perbuatan you tu, I sendiri yang akan tinggalkan you. I really mean it, Shaz. Kalau you benar-benar tak mahu kehilangan I, tolong jangan ulangi kesilapan yang sama ni. You got that?” tegasku diakhiri dengan sebuah ugutan.

You tak faham, Aween!” ucapnya perlahan. Aku mendengkil.
“Asyik I aja yang tak faham. Kenapa mesti I seorang yang kena faham you, tapi you langsung tak nak faham I!” marahku.
“Kalau macam ni, lupakanlah Shaz. Lupakan I! Lupakan hubungan kita ni! Tak guna kita teruskan kalau you tak percayakan I.” Baru aku hendak melangkah keluar dari bilik pejabatnya, pantas tanganku ditariknya. Aku cuba melepaskan tanganku, namun genggaman tangan Shazzy begitu kejap sehingga aku gagal meloloskan tanganku dari pegangannya.
Okay, fine! I akan berubah kalau itu yang you nak. Puas hati?” bentaknya. Aku tersenyum sinis.
“Kalau setakat cakap pakai air liur aja, baik tak payah, Shaz!” Kurentap kuat tanganku dan akhirnya terlepas jua dari pegangannya. Pantas kakiku melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Panggilannya langsung tidak kuhiraukan.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba kakiku terpelecok dan terus jatuh di anak tangga di tingkat dua. Aku mengaduh kesakitan.
“Sayang!” panggilnya cemas. Kali ini, aku tak mampu lari lagi darinya. Rasa sengal dan ngilu di kaki benar-benar menyeksakan.
“Sayang, you okey ke?” soalnya sambil mengurut-urut pergelangan kakiku.
Ouch!” aku mengerang lagi.
“Sakit?” soalnya lagi. Aku mengangguk bersama kerutan di dahi.

Tanpa kuduga, dia mengangkat tubuhku naik ke biliknya lalu diletakkannya di atas sofa. “Tunggu sini, I ambilkan first aid kit,” ucapnya. Aku hanya mampu bungkam tanpa kata. Rasa terharu juga ada, mengenangkan keprihatinannya terhadapku, sedangkan ketika itu aku baru sahaja bertengkar dengannya. Dia datang semula bersama kotak kecemasan. Pergelangan kakiku diurutnya lembut. Sesekali kupejamkan mataku menahan sakit. “I benar-benar menyesal dengan apa yang telah I lakukan terhadap you. I really do. I dapat rasakan yang tindakan I selama ni membuatkan kita semakin jauh, sayang. I tak mahu you lari jauh dari I. I masih perlukan you. Maafkan I. I sedar yang you tak senang dengan sikap I selama ni. Actually I dah cuba hindarkan diri I dari terus bersikap cemburu. Tapi, I tak boleh. Perasaan cemburu tu tetap datang menghasut fikiran I sebab I terlalu sayangkan you. I tak mahu kehilangan you. I nak you sentiasa berada di samping I sampai bila-bila. Sebab tu, bila I ternampak atau terdengar you bermesra dengan lelaki lain, hati I tak senang. I takut cinta you tu akan beralih arah,” luahnya lagi. kali ini lebih bersungguh.
“Itu tandanya, you masih tak boleh nak percayakan I. You masih ragu-ragu dengan kesetiaan dan kejujuran I selama ni. Shaz, let me tell you something. Once kalau I dah cintakan seseorang, I takkan pandang pada orang lain, you tahu tak? Tak kiralah sama ada orang tu lebih handsome ke, lebih kaya ke, apa ke, itu semua tak ada makna lagi pada I. Apa yang I tahu, dalam hati I ni cuma ada you seorang sahaja. Tak ada yang lain. Kalau you terus bersikap begini, boleh melunturkan kasih I terhadap you. Do you know that? Dan tak mustahil suatu hari nanti I akan singkirkan you dari hati I sebab I dah terlalu bosan dan rimas dengan kelakuan you yang tak menyanangkan hati tu, you got it? Ouch, sakit!” luahku pula diiringi erangan kecil.
Ops, sorry I terkasar,” ucapnya. Dia tertunduk diam sambil jemari kasarnya terus memicit-micit pergelangan kakiku. Aku terus merenungnya yang kelihatan bingung.
I sanggup berubah demi you, sayang,” ucapnya perlahan.
“Bukan sahaja demi I seorang, tapi demi kita berdua. Demi perhubungan kita,” aku memperbetulkan kenyataannya. Dia mengangguk lantas mengangkat tangan kanannya seakan berikrar.
“Okay, I swear! Demi kita berdua,” ucapnya lagi. Kali ini, barulah aku tersenyum. Dia juga melemparkan senyuman manisnya buatku.

            Aku menarik nafas lega. Sama sekali aku tidak menyangka yang masalah ini akan selesai sebaik aku pulang dari bercuti. Sesungguhnya aku berharap agar tiada lagi krisis yang melanda hubungan cinta kami selepas ini. Semoga Shazzy takkan mungkiri janjinya. “Okeylah, I nak sambung kerja I semula. You rehat aja di sini, ya. Tengahari ni, kita lunch sama. Rindulah,” ucapnya penuh romatik. Aku mencebir.
            “Rindu aja ke? Mana ole-ole dari Jakarta? Takkan tak bawa balik apa-apa pun untuk I?” Dia tersenyum.
            Ada!” ujarnya.
            “Mana?”
            “Ni!” ucapnya sambil menundingkan jari ke dadanya. Aku mengerutkan dahi, kurang mengerti.
            “Shazmie Abdul Ghani!”
            “Ah! Shazmie Abdul Ghani, nak buat apa! At least, bawak la balik Nicolos Saputra ke, Lucky Hakim ke, atau Irwansyah ke…” gurauku. Namun dalam hati, ada niat lain iaitu untuk menguji sejauh mana pengakuannya sebentar tadi. Dia memberikan respon positif dengan ketawa.
            “Kenapa, I ni tak cukup handsome ke, sampai you nakkan artis-artis Indon?”
            “Tau pun!”
            “Hei, I ni boleh tahan handsome apa… macam Uday Chopra!” dia perasan sendiri. “Euw! Perasannya… Hei, dahlah! Siapkan kerja tu cepat. Nanti lambat pulak keluar lunch!” beblku. Dia terus ketawa.

*****

TANPA KUSEDAR, aku tertidur di sofa tersebut. Aku hanya terjaga pada jam sebelas pagi. Itupun kerana telefon bimbitku berbunyi. Azhari menghubungiku untuk mengajakku makan tengahari bersamanya. Ketika itu, aku menyedari akan ketiadaan Shazzy di situ.
            Sorrylah, Ari. Aween dah janji untuk keluar bersama Shazzy hari ni. Lain kali ajalah, ya. Ataupun esok, macam mana?” pujukku. Sambil itu mataku tercari-cari kelibat Shazzy. Ke mana sajalah dia ni! Kedengaran Azhari mengeluh di hujung talian.
            “Hmm… nak buat macam mana, orang tu dah ada date rupanya,” tuturnya perlahan. Aku ketawa kecil.
            “Macam mana krisis dengan Shazzy? Dah selesai?” soalnya lagi.
            “Hmm… alhamdulillah. Semuanya dah sattle,” jawabku.
            “Padanlah, suara tu ceria semacam. Rupanya dah berbaik semula dengan buah hati,” ucapnya bersama tawa kecil.
            “Ari…” Aku dapat rasakan gelojak perasaannya ketika itu. Tentu dia kecewa mendengar berita ini. Namun, apa lagi yang hendak dikatakan? Shazzy sudah berjanji untuk mengubah sikapnya itu. Aku harus memberi peluang kepadanya setelah melihat kesungguhannya kali ini. Tetapi dalam masa yang sama juga, kurasakan yang aku tidak berlaku adil terhadap Azhari. Kenapa aku langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kesetiaan cintanya terhadapku, sedangkan pada Shazzy, sudah banyak peluang kuberikan.

            “Ari, Aween minta maaf. Aween tak boleh nak terima pelawaan Ari kali ni. Yalah, kami baru aja berbaik. Ari faham, kan?” pujukku lagi.
            “Tak apa, Aween. Ari faham. Ari tumpang gembira sebab masalah Aween dengan Shazzy dah selesai. So, esok boleh kita keluar makan?” pintanya lagi.
            “InsyaAllah, Aween cuba. Tapi rasanya esok boleh kot, sebab Aween tak ada hal apa-apa.,” tuturku.
            “Hmm… tak apalah kalau macam tu. Esok, kita decide kat mana kita jumpa. Okeylah, Aween. See you tomorrow,” ucapnya sebelum mematikan talian.
            Okay, bye.

            Aku mengeluh berat sebaik talian diputuskan. Fikiranku mulai kacau, memikirkan Azhari. Kenapalah dengan aku ni? Bila aku berbaik dengan Azhari, fikiranku terkenangkan Shazzy. Bila aku bebaik semula dengan Shazzy, rasa simpatiku beralih arah pula kepada Azhari. Ah, serabut aku dibuatnya! Rasa hendak menjerit pun ada. Macam manalah aku hendak memboloskan diri dari kemelut perasaan ini? Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

Monday, 21 February 2011

Novel - Kasihmu di Jiwaku (Bab 18)

AKU menggeletar kesejukan sebaik air jernih dan dingin itu kujirus ke tubuh. Mana tidaknya, mandi pada pukul enam setengah pagi. Embun pun masih segar di luar sana. Ah, nak buat macam mana. Inilah gaya hidup orang kampung. Mandi air perigi. Sejuk. Mana ada alat pemanas seperti yang terdapat di dalam bilik air rumahku di Kuala Lumpur?

Setelah selesai, pantas aku mencapai tuala mandiku dan membalut tubuhku yang menggeletar kedinginan. T-shirt sendat berlengan tiga suku panjang kusarungkan ke tubuh dan terus bergegas keluar. Setelah bersiap, aku turun ke dapur semula untuk menyiapkan sarapan pagi. Kubuka periuk nasi. Nasi semalam masih ada dan masih elok. Boleh buat nasi goreng. Yes! Aku bersorak dalam nada berbisik. Takut penghuni rumah ini akan terjaga.

Aku memulakan kerjaku dengan memotong dan menghiris bawang, mentitik cili padi dan menggoreng bilis.
“Eh, buat apa tu, Aween?” sapa ibu dari belakang. Aku sedikit tersentak.
“Hmm… sedapnya bau,” pujinya ketika aku sedang menumis bawang. Aku hanya mampu tersenyum.
“Awat tak kejutkan ibu? Boleh jugak ibu tolong,” omelnya. Aku ketawa kecil.
“Tak apa, bu. Memang Aween ingat nak sediakan sarapan pagi ni,” ujarku sambil tanganku memasukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali.
“Ni nak buat apa ni?” soal ibu lagi.
“Nak buat nasi goreng kampung, bu. Alah, masak cincai-cincai aja,” kataku merendah diri. Ibu ketawa kecil.
            “Cincai pun, tapi bau sedap,” puji ibu lagi. Ah, kembang aku dibuatnya.

Setengah jam kemudiannya, sarapan pagi sudahpun siap terhidang di atas meja. Seperti selalu, ibu akan mengetuk pintu bilik Azhari untuk menggerakkannya dari lena.
“Ari, bangkit dah?” laung ibu. Aku hanya tersenyum. Hmm… kalaulah aku ditakdirkan menjadi isteri Azhari, alamatnya jenuhlah aku nak mengejutkannya setiap pagi. Hatiku menggerutu sendirian.

Sementara menunggu Azhari bersiap, aku mengemas dapur terlebih dahulu. Segala perkakas-perkakas dapur yang memenuhi sinki kubasuh terlebih dahulu. Setelah selesai, aku ke ruang makan pula. Kutuang air Nescafe panas ke dalam cawan. Tidak lama kemudian, Azhari keluar dari biliknya dalam keadaan kemas. Dia menghampiri meja makan. Seketika, deria hidungku terbau haruman Romano Classic yang dipakainya. Serta-merta kenangan lama menggamit kembali. Aku mengetapkan bibir, mengawal emosi yang tiba-tiba bergelora.
“Wah, sapa yang masak ni, bu? Tak pernah pun nampak ibu buat nasi goreng macam ni?” dia bersuara sambil mengalihkan pandangannya ke arah ibu. Ibu tersenyum melihat anaknya itu. Seketika matanya beralih memandangku
“Bukan ibu yang masak. Ni hah, anak ibu yang sorang lagi ni yang masak. Pagi-pagi lagi dia dah bangkit, buat sarapan untuk kita,” ujar ibu. Azhari tersenyum memandangku. Aku hanya membalas pandangannya tanpa sebarang reaksi.

Seperti selalu, kami bersarapan bersama-sama. Kulihat dia begitu lahap sekali menyuap nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya. Wajahnya tampak ceria. Sambil mengunyah, dia tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya bersama gelengan kecil. Gelojoh, macam budak-budak! Bisik hatiku.
            “Perlahan-lahan makan tu, Ari!” tegur ibu. Dia tersenyum kambing memandang ibu. “Sedaplah, Aween. Pandai Aween masak. Susah-susah sangat, Aween kahwin ajalah dengan Ari. Nanti, taklah Ari kebulur,” sendanya. Hampir tercekik aku dibuatnya. Namun aku masih mampu mengawal diriku dari terus melatah. Lantas kucebirkan bibirku. Huh, ada hati nak kahwin dengan aku konon. Tak malu. Porah!
“Amboi, amboi… senangnya hang cakap! Hang ingat kahwin ni setakat nak kena bagi makan aja ka? Banyak lagi tanggungjawab lain, tau,” tegur ibu.
“Tapi memang betul kan, itu tanggungjawab isteri buat suami,” bidasnya.
“Memanglah. Tapi, hang jangan lupa, tanggungjawab hang kat isteri lebih berat. Hang kena jaga dia baik-baik, ambil berat hal-hal kebajikan dia, sakit-pening dia, bukan setakat bagi nafkah, dah tu dok main lepas tangan macam tu aja,” bebel ibu lagi.
            “Itu Ari taulah, bu. Ibu tak payah nak habak pun Ari memang dah tau dah. Macamlah Ari ni buta agama,” dia membalas lagi.

Ah, ni yang lemah ni! Timbul pulak dah soal rumahtangga. Tak senang duduk aku dibuatnya. Rasa panas punggung ni. Namun, nasib baiklah tidak lama selepas itu mereka terus senyap. Tidak lagi berbalah akan hal itu.

*****

PAGI ITU, ibu telah membawa kami ke nurserynya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Kalau jalan kaki pun, boleh sampai. Aku agak terpegun melihat pemandangan di sekitar nursery yang tak ubah seperti di dalam taman bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga seperti bogunvilla, jasmine, ros Jepun, bunga trompet, bunga siantan dan banyak pokok-pokok bunga lain yang aku sendiri tidak tahu apakah namanya. Juga terdapat taman orkid, kaktus dan bosai yang pelbagai bentuk. Cukup unik. Tambahan suasana lanskapnya yang begitu memukau dan cuaca pagi itu yang agak redup, begitu memukau pandangan mata ini.

            Aku berjalan beriringan dengan Azhari melewati seluruh kawasan nursery itu. Sepanjang kami berada di situ, tiada topik lain yang kami bualkan selain dari berkenaan dengan pokok. Tak sangka yang Azhari banyak mengetahui selok-belok berkenaan pokok bunga dan teknik-teknik bercucuk tanam. Memang tidak dinafikan, Azhari dan ibu memang mempunyai minat yang serupa. Patutlah mereka berdua tampak serasi.
            “Aween suka?” soalnya. Aku mengangguk laju.
            “Mestilah suka. Semua benda yang berunsur alam semulajadi Aween suka,” jawabku. Dia tersenyum.
            “Dah lama ke ibu buka nursery ni?” soalku pula kepadanya. Dia menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. Kami masih melangkah sambil menikmati keindahan suasana nursery itu.
            “Lama jugak. Seingat Ari lepas tamat PMR. Maknanya dah nak dekat sembilan tahun. Mula-mula dulu, nursery ni taklah sebesar macam ni. Ibu memulakan perniagaan ni secara kecil-kecilan aja. Lama-lama, bila dah maju, jadilah besar macam ni. Tapi, dalam masa yang sama, kita orang adik-beradik tolong jugaklah beri ibu suntingan modal,” ceritanya. Aku mengangguk.

            Seluruh nursery itu telah kami lewati. Akhir sekali, kami ke ladang orkid. Mataku meliar, memandang sekitar ladang orkid itu. Aku tersenyum. Seronok melihat bunga-bunga orkid yang pelbagai warna dan rupa itu. Setahu aku, setiap orkid di situ memiliki nama yang berbeza seperti Cattleya, Dendrobium, Golden Shower, mokara, Vanda dan macam-macam lagi. Sememangnya, bunga orkid merupakan bunga yang paling kugemari kalau hendak dibandingkan bunga-bunga lain.
            “Cantiknya,” pujiku sambil membelek-belek bunga orkid kecil yang berwarna kuning berbelang. Dia hanya tersenyum melihat aku menyentuh lembut bunga orkid tersebut. Tiba-tiba, gugur sekuntum bunga orkid yang agak besar saiznya. Warnanya putih diadun dengan warna ungu di tengah-tengah. Cantik. Ya ALLAH, sayangnya ia gugur. Aku memandang Azhari dengan pandangan yang sayu. Mata kami bertentangan.
            “Sayang kan, bunga tu gugur?” ujarku. Dia tersenyum.
            “Aween sukakan bunga tu?” soalnya. Aku mengangguk. Lantas dicapainya bunga orkid yang gugur itu tadi, lalu diselitkannya pada pelipat telingaku. Aku agak tergamam dengan tindakannya itu.
            “Ari berikannya pada Aween,” tuturnya penuh lembut dan syahdu. Seketika aku tersenyum, meraba-raba lembut bunga orkid yang tersisip pada pelipat telingaku itu. Kurenung wajahnya lama. Ternyata, kejujurannya itu benar-benar terlakar pada wajahnya. Lantas dia memaut bahuku erat. Kami beriringan meneruskan perjalanan kami, melewati seluruh nursery yang agak luas kawasannya itu.

*****

SELEPAS kami menikmati makan tengahari kami di salah sebuah warung yang menjual mihun sup Utara, Azhari membawaku bersiar-siar di sekitar Bandar Alor Setar. Kami singgah ke Masjid Zahir terlebih dahulu memandangkan Azhari hendak menunaikan solat Zuhur dan Asar. Aku yang masih ‘bercuti’ hanya menunggunya di dalam kereta. Sementara menunggunya, sempat aku memandang sekitar masjid yang agak besar dan luas itu. Tak ubah seperti Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta. Cuma Masjid Wilayah kurasakan lebih besar dan luas berbanding dengan Masjid Zahir ini. Namun, senibinanya sungguh menakjubkan.

            Tidak berapa lama selepas itu, Azhari kembali semula ke kereta. Dia tersenyum ke arahku sebaik memboloskan diri ke dalam kereta.
            “Tak nak jalan sekitar masjid ni?” soalnya. Aku menggeleng. Dia terus memandu, membawaku ke destinasi yang seterusnya. Seterusnya, dia membawaku ke Muzium Negeri Kedah yang menempatkan koleksi barangan peninggalan sejarah Negeri Kedah serta alatan pusaka DiRaja Kedah. Antara yang paling mendapat perhatian di sini, adalah pokok bunga emas yang digunakan oleh kerajaan Negeri Kedah pada zaman dahulu sebagai pemberian terhormat kepada kerajaan Siam. Tidak banyak masa kami habiskan di situ. Hanya sejam lebih sahaja.

            Selepas itu, aku dibawanya ke Menara Alor Setar. Tiba di situ, aku disuruhnya menunggu di satu tempat dan dia pula menghilang entah ke mana. Tidak lama selepas itu, dia muncul semula. Rupa-rupanya dia telah membeli dua keping tiket untuk menaiki menara tersebut. Dari atas, aku dapat melihat sekitar Bandar Alor Setar serta perkampungan yang berdekatan. Di atas menara tersebut juga terdapat beberapa buah teropong untuk para pengunjung melihat sekitar Bandar Alor Setar dengan lebih dekat.
           
            Akhir sekali, Azhari telah membawaku ke Kota Kuala Kedah yang merupakan sebuah kubu tinggalan sejarah yang terletak berhampiran dengan Sungai Kedah.
“Kubu ni dahulunya dibina bertujuan untuk berlindung dari diserang musuh. Kubu ini juga dikenali sebagai Kuala Bahang. Tujuan ia dibina bagi mempertahankan kerajaan dari diancam Portugis. Walaubagaimanapun, kubu itu telah musnah diserang oleh kerajaan Acheh dan Bugis. Dan ia dibina semula pada tahun 1771. Namun pada tahun 1821, ia diserang semula oleh kerajaan Siam,” terang Azhari panjang. 
“Kalau nak diikutkan, panjang ceritanya tentang Kota Kuala Kedah ni. Tapi, Ari cuma boleh ceritakan sebahagiannya aja,” ujarnya lagi. Aku mengangguk.
            “Tak apa. At least Aween tahu jugak sedikit-sebanyak tentang Kota Kuala Kedah ni daripada tak tahu langsung,” ujarku pula. Ketika itu, kami sedang duduk beristirehat berhampiran sebuah meriam lama yang masih lagi terdapat di situ.

Sehinggalah senja hampir menjelma, barulah kami berangkat pulang. Namun, sempat lagi kami menikmati keindahan warna jingga yang menghiasi dada langit di saat terbenamnya mentari petang.

*****

PADA malam itu, salah seorang daripada bapa saudara Azhari telah bertandang ke rumah ibu. Suasana begitu riuh-rendah dengan suara anak-anak kecil yang merupakan sepupu-sepupunya. Selepas menolong ibu membuatkan minuman, aku dan Tasya ke laman rumah. Kami melabuhkan punggung di anak tangga sambil menyaksikan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di laman rumah. Azhari pula kulihat bukan main seronok lagi melayan kerenah mereka. Dia pun turut berkejaran dengan budak-budak itu. Aku dan Tasya hanya mampu menggeleng.
“Kalau kak nak tau, macam tulah Abang Ari. Suka sangat melayan budak-budak,” ujar Tasya. Aku ketawa kecil.
“Depa ni tiap-tiap minggu memang datang sini, melawat tok dengan Mak Teh,” Tasya bersuara lagi. Aku mengangguk. Sesekali aku turut sama ketawa melihat Azhari yang begitu ceria sedang menimang-nimang salah seorang budak perempuan.
“Budak yang Abang Ari dukung tu, namanya Ira. Budak tu memang manja dengan Abang Ari,” kata Tasya lagi. Aku ketawa lagi.
“Tak sangka pulak akak yang Abang Ari tu sukakan budak-budak sampai macam tu sekali. Agaknya, kalau dia jadi guru tadika mesti sesuai, kan?” ujarku bersama senda. Kami ketawa serentak.
            “Nakai jugak akak ni. Habak kat Abang Ari karang,” ucap Tasya bersama sebuah ugutan. Aku mencebirkan bibir.           

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka meluru ke arahku. Aku tersentak apabila dia menarik-narik tanganku.
“Kak, mailah kita pi main,” ajak budak itu manja. Aku tersenyum memandangnya. Comel sungguh budak itu.
“Siapa nama?” soalku lembut.
“Atie,” jawabnya lembut. Aku tersenyum seraya mengusap-usap kepalanya lembut. “Mailah kak, kita pi main,” ajaknya lagi dengan pelat Utaranya. Aku mengangkat wajah, memandang Azhari yang sedang mendukung Ira. Dia tersenyum seraya mengangguk. Aku serba-salah. Bukannya apa, aku tidak berapa pandai sangat hendak melayan kerenah budak-budak kecil seperti ini. Takut nanti, bila terkasar sikit, mereka akan merajuk. Kalau setakat merajuk tu, boleh tahan lagi. Buatnya kalau mereka menangis, macam mana? Dahlah anak orang. Mak bapaknya pun aku tak kenal. Silap-silap kita jugak yang kena marah kerana menyinggung perasaan anak-anak mereka.
“Pi ajalah, kak. Kesian kat dia,” pujuk Tasya.
“Ajak Kak Tasya,” ucapku. Dia memandang aku dan Tasya bersilih ganti. Tasya pula hanya tersenyum.
“Tak mau. Nak main dengan akak jugak. Abang Ari kata akak baik,” rengeknya.
“Atie, hang tarik tangan akak ni kuat-kuat,” Tasya menghasut Atie. Apalagi, bila disuruh begitu, tanganku pun direntapnya kuat. Aku ketawa.
“Alamak, kuatnya Atie tarik tangan akak,” kataku sambil ketawa.
“Tarik lagi Atie, bagi kuat sikit. Bawak kak ni pi kat Abang Ari sana,” semakin galaklah si Tasya menghasutnya. Aku memandang Tasya dengan pandangan yang membuntang.

Aku tiada pilihan lain, terpaksa menurut rentak Atie, menuju ke arah Azhari yang masih berdiri di situ. Tak sampai hati pula aku hendak menghampakan Atie yang kelihatan bersungguh untuk mengajakku main bersamanya. Langkahnya terhenti sebaik kami menghampiri Azhari. Aku lantas mendukung Atie. Wajahnya merona ceria. Pipinya yang merah menggebu itu kucium dengan penuh geram.
“Nak main apa ni?” soalku kepadanya. Dia tersenyum manja. Aduh, comelnya dia. Kalaulah esok aku dapat anak secomel ini, alangkah bagusnya. Aku berangan sendirian. “Main kejak-kejak,” jawabnya. Aku mengerutkan dahi.
“Nak kejak sapa?” soalku. Dia menunding ke arah Azhari. Azhari yang sedang mendukung adiknya yang berumur dua tahun itu tersenyum mengejek.
“Kejaklah, Abang Ari tak takut pun,” ujar Azhari seraya mencubit kuat pipiku. Aku tergamam. Kupandangnya dengan mata yang membuntang.
“Aduh! Cis, tak guna kau, Ari! Jaga kau!” bentakku lantas mengejarnya sekeliling rumah. Atie yang berada di dalam dukunganku ketawa mengekek keriangan. Begitu juga dengan Ira yang berada di dalam dukungan Azhari. Azhari terus berlari dan berlari manakala aku pula tidak putus asa untuk mendapatkannya. Suka-suka hati dia aja mencubit pipi aku depan budak-budak ini. Dahlah kuat. Sakit!

Tasya dan yang lain-lain pula bersorak keriangan melihat kami berkejar-kejaran. Mereka melonjak-lonjak sambil bersorak menyebut perkataan ‘akak’. Tahulah aku yang mereka berpihak kepadaku. Tetapi malangnya mereka tidak mengetahui akan namaku. Maka sebab itulah mereka hanya memanggilku dengan panggilan ‘akak’. Mereka masih bersorak, menggamatkan lagi suasana malam itu. Memang riuh suasana rumah ibu pada malam itu.

Setelah kepenatan, aku terkulai semula di anak tangga. Atie pula seakan tidak mahu berenggang denganku. Tanpa dipinta, dia melabuhkan punggungnya ke atas ribaku. Termengah-mengah aku dibuatnya. Semput sampai terbatuk-batuk. Dah lama rasanya tak berlari-lari seperti ini. Terasa diri ini seolah-olah telah kembali semula ke zaman kanak-kanakku. Tak sangka, bila dah dewasa begini pun masih ada lagi peluang untuk aku bermain kejar-kejar seperti ini.
“Wah, nampaknya dia dah minat kat akak,” ujar Tasya. Aku ketawa kecil.
“Atie suka ka kat akak ni?” soal Tasya kepada Atie. Gadis kecil itu mengangguk laju. Aku tersenyum seraya mengusap-usap rambut halusnya itu.
“Kalau Atie suka, nanti suruh Abang Ari kahwin dengan akak ni, na…” ujar Tasya mengusikku. Aku mulai geram dan lantas menyiku pinggangnya.
“Pandai-pandai aja Tasya ni!” rengusku. Dia ketawa mengejek.
“Berapa umur dia ni?” soalku kepada Tasya.
“Akak tanyalah dia,” ujar tasya selamba.
“Atie, berapa umur Atie?” soal Tasya kepada Atie. Dia menunjukkan keempat-empat jarinya.
“Empat tahun, la,” ujarnya. Kami ketawa.
“Pandai…” pujiku. Dia tersenyum manja. Seketika aku mengalihkan pandanganku ke arah Azhari yang masih ligat melayan kerenah budak-budak itu. Aku mentertawakannya, melihat dia dibuli oleh Ira apabila si kecil itu merengek meminta Azhari memboncengnya dengan basikal. Di kala itu, timbul rasa kasihan di hatiku buatnya kerana tidak berpeluang untuk berhenti rehat.

*****

AKU menghulurkan segelas air sirap sejuk kepada Azhari yang sedang terbaring kepenatan di atas sofa kayu itu.
            “Terima kasih,” ucapnya sebaik menyambut gelas jernih itu. Diteguknya air sirap itu dengan rakusnya. Aku tersenyum seraya menggeleng-geleng melihatnya.
            “Kesian kau. Kena buli dengan budak-budak,” ejekku bersama tawa. Dia hanya tersengih mendengar ejekanku itu.
            “Seronok melayan budak-budak ni,” ujarnya, membela diri. Aku mencebik. Peluh masih kelihatan memercik di dahinya. Begitu juga dengan baju Melayu yang dipakainya, basah kuyup kerana terlalu banyak berpeluh.
            “Untung anak kau esok, dapat bapak yang kaki layan macam ni,” ujarku tanpa niat apa-apa. Hanya sekadar gurauan. Dia tersenyum simpul.
            Malang pulak anak kau esok, sebab mak dia tak pandai nak melayan budak,” balasnya kepadaku. Aku mencebik. Aku kenakan dia, dia kenakan aku balik. Ceh!

            Kami terus menyepi selepas itu. Masing-masing menumpukan perhatian di kaca televisyen. Ibu pula sudah menghilang di biliknya.
            “Sekejap aja, dah seminggu kita kat sini. Rasa macam tak percaya yang esok kita dah nak balik KL,” ujarku memecah kesepian antara kami. Dia memandangku bersahaja.
            “Kenapa, Aween rasa nak terus tinggal kat sini ke? Kalau nak tinggal kat sini, tak apa. Tak ada masalah. Sekurang-kurangnya ibu ada kawan. Sesekali Ari balik jenguk,” tuturnya, bergurau. Aku mencebik.
            “Amboi, bukan main lagi! Habis tu, ayah Aween kat KL tu pulak macam mana? Takkan nak tinggalkan macam tu aja?” bidasku. Dia tersenyum sinis.
            “Risau kat ayah ke, risau kat ‘ehem-ehem’?” usiknya. Aku menjengkilkan mataku kepadanya. Bengang dengan usikan nakalnya itu.
           
            “Selama Aween berada kat sini, dia ada call Aween tak, bertanyakan khabar?” soalnya setelah menyepi seketika.
            “Siapa?” soalku pura-pura.
            “Eleh, buat-buat tanya pulak dia!”
            “Shazzy ke?”
            “Yalah, siapa lagi…” Aku menghelakan nafas berat bersama geleng lemah. Dia mengerutkan dahi.
            “Kenapa?” soalnya lagi.
            “Tak,” jawabku ringkas.
            “Langsung tak?” Aku menggeleng.

            Satu keluhan berat kedengaran di bibirnya. Dia memandangku lama. Aku tergamam dengan renungan tajamnya itu. Tak tentu arah aku dibuatnya.
            “Apa yang dah berlaku ni? Aween dengan Shazzy….” dia tidak meneruskan pertanyaannya. Aku terus memandangnya sayu.
            “Jangan tanya pasal tu, Ari. Cukuplah sekadar Ari tahu yang kami sedang berkrisis sekarang ni. Aween ikut Ari balik sini pun, sebab Aween perlukan ketenangan. Aween nak lupakan seketika kekusutan yang melanda,” ujarku jujur. Dia mengerutkan dahi. “Berkrisis? Sejak bila?” Ah dia mengasak aku lagi dengan persoalan itu. Aku merengus keras.
            “Tak usah tanya, Ari. Tolonglah. Aween tak mahu sentuh hal itu dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan Ari,” rayuku. Aku memandangnya dengan harapan, semoga dia tidak menyoalku lagi akan hal itu. Sengaja kuraih simpati melalui riak wajahku. Dia terus merenungku tajam. Ah, semakin tidak keruan aku dibuatnya. Namun akhirnya dia mengangguk perlahan. Aku menarik nafas lega. Seketika aku tersenyum.
            “Terima kasih, Ari. Sebab memahami diri Aween,” ucapku.
            “Aween, satu perkara yang Ari nak Aween tahu, yang Ari masih sayangkan Aween,” ucapnya penuh romantis.
            “Ari masih berharap yang satu hari nanti, kita akan hidup barsama,” ucapnya lagi. Aku terus bungkam. Tak tahu apa harus kukatakan lagi. Ah, Azhari. Andainya ditakdirkan kita ada jodoh, kita tetap akan bersama suatu hari nanti walau dalam apa jua cara sekalipun. InsyaALLAH, masa itu akan tiba juga nanti.

*****

TERASA begitu kejap dan erat sekali pelukan ibu. Aku menelan air liur, menahan rasa sebak yang melanda. Lama aku berada di dalam dakapan wanita itu. Sesungguhnya aku tidak dapat menahan diriku dari terus menangis. Airmata yang kutahan sejak dari tadi akhirnya mengalir juga membasahi pipiku. Setelah seminggu berada di sini, terasa berat hati ini untuk meninggalkannya.
            “Ibu, terima kasih dengan layanan baik ibu sepanjang Aween berada kat sini,” ucapku sayu.
            “Sama-sama. Kalau ada masa, mai la sini lagi, ya. Ibu akan sentiasa menanti kedatangan Aween kat sini,” ucap ibu pula dengan penuh hiba. Aku mengengguk laju.
            “InsyaALLAH, ibu. Kalau tak ada aral melintang, Aween akan datang lagi bersama Ari. Aween akan sentiasa merindui ibu di sana nanti,” ucapku, cuba menahan emosi yang melanda.

Pelukan terlerai. Ibu mengusap pipiku lembut. Aku tersenyum hambar. Wajahnya tampak sayu sekali. Tentu dia agak keberatan untuk melepaskan aku dan Azhari pulang ke Kuala Lumpur. Apabila kami sudah pulang semula ke Ibu Negara nanti, tentu rumah itu akan menjadi sepi semula. Ibu akan keseorangan lagi. Lantas kucapai tangannya dan kucium lama. Di kala itu terasa seolah-olah aku sedang mengucup tangan mamaku sendiri. Seketika terasa rambutku diusap mesra.

            Azhari menghampiri kami. Tangan ibu disambar dan diciumnya dengan rasa penuh hormat. Lantas tubuh anak terunanya itu dipeluk erat. Kedua-dua belah pipi Azhari dikucupnya dengan penuh kasih. Sayu kulihat kedua-dua beranak itu. Kalaulah mama masih ada, tentu aku dan adikku, Ijie juga akan dapat merasakan kasih yang serupa seperti itu. Ya ALLAH, sesungguhnya aku terlalu merindui mamaku. Tiada apa yang mampu kulakukan bagi mengubati rindu ini selainkan mendoakan kesejahteraan mama di sana.

Kereta yang dipandu Azhari mulai bergerak dan keluar dari perkarangan rumah itu. Sebelum berlalu, Azhari membunyikan hon keretanya dan kami melambaikan tangan ke arah ibu yang masih setia berdiri di anak tangga, menghantar pemergian kami dengan pandangan matanya. Akhirnya Proton Wira milik Azhari meluncur pergi, meninggalkan perkarangan rumah itu. Seketika kemudian, Azhari membunyikan sekali lagi hon keretanya. Rupanya tok dan Tasya sedang sibuk menyapu di laman rumah mereka ketika itu. Kami turut melambaikan tangan ke arah mereka dan mereka membalas lambaian tangan kami.
“Tok, Tasya, kami balik dulu,” laungku sebaik cermin tingkap kuturunkan. Mereka mengangguk.
“Haa… yalah, senang-senang nanti mailah sini lagi,” ucap tok.
Bye, kak. Jumpa lagi,” jerit Tasya pula.

Kereta terus meluncur, membelah jalanraya dan seterusnya meninggalakan negeri jelapang padi itu.
“Lain kali, kalau Ari nak balik kampung, Aween nak ikut tak?” soalnya setelah lama kami menyepikan diri. Aku mengangguk laju. Tentulah aku mahu. Azhari tersenyum senang.
“Ari, terima kasih sebab sentiasa menemani Aween selama Aween berada di kampung,” ucapku. Dia mengangguk bersama senyuman yang melebar. Lantas dia mencapai tanganku lalu diramasnya lembut. Aku menarik nafas dalam. Damai!